PAS tiada masalah bekerjasama dengan Dr Mahathir: Tuan Ibrahim

August 20, 2022 · Politik

PAS tiada masalah untuk bekerjasama dengan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi tumpuan sekarang ini diberikan untuk memperkukuhkan persiapan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, setakat ini parti itu belum mengadakan sebarang perbincangan menjalin kerjasama dengan GTA.

“Walaupun PAS tiada masalah dengan Dr Mahathir, tetapi tumpuan kini difokuskan kepada usaha memperkukuhkan persiapan PN menghadapi PRU-15 bagi memastikan kemenangan bagi kerusi ditandingi.

“Kita tiada masalah dengan Dr Mahathir, tetapi buat masa ini belum ada perbincangan untuk menjalin kerjasama menghadapi PRU-15.

“Setakat ini, kita perkukuhkan dulu kekuatan PN dalam persiapan menghadapi PRU-15, perkara selebihnya kita akan tentukan selepas ini,” katanya di Papar, Sabah, hari ini seperti dilapor BN.

Beliau berkata demikian ketika memperjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai keterbukaan PAS bekerjasama dengan mana-mana parti politik, selain Pakatan Harapan (PH).

Tuan Ibrahim berkata PAS yang bergerak di bawah PN juga sedia bertembung dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU-15 kelak.

“Ya (sedia bertembung dengan BN), tetapi sebagaimana kita tahu keputusan parti ini akan dibawa ke majlis pimpinan masing-masing.

“Bagi PAS, kita bergerak atas PN sebab PAS sebahagian PN. Apa yang penting adalah manfaat kepada rakyat, kita fokus supaya rakyat dapat kerajaan yang stabil dan adil.

“Kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil sebab ekonomi kita masih belum pulih sepenuhnya dan sekarang kita fokus membantu rakyat. BN sudah buat keputusan untuk bergerak solo, jadi kita sedia hadapi dalam semua kemungkinan.

“Kalau muafakat, kita boleh pakat, kalau mahu lawan pun kita boleh lawan,” katanya.

Sementara itu, mengulas pengagihan kerusi, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya masih belum berbincang mengenainya dan belum menerima senarai calon bertanding pada PRU-15.

“PAS belum bincang pengagihan kerusi, cuma kita dalam jawatankuasa perundingan kerusi untuk berbincang bersama rakan dalam PN. Kita ada jawatankuasa, cuma perundingan belum rasmi dan belum diangkat (diserahkan) kepada parti,” katanya.

Ditanya jika PAS Sabah mengemukakan senarai calon bagi menghadapi PRU-15, Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan menunggu secara rasmi jika PAS Sabah sedia bertanding.

Berita berkaitan
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
42 minit lalu· Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
2 jam lalu· Politik
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
3 jam lalu· Politik
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
September 28, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
3 jam lalu · Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
4 jam lalu · Politik
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
16 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
19 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok