PAS tetap anggap UMNO rakan kerjasama, kekal tolak PH

September 11, 2022 · Politik

PAS kekal menganggap UMNO dan parti lain yang bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah sebagai rakan taawun (kerjasama), selain tetap menolak Pakatan Harapan (PH) dan konsep ‘khemah besar’, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata pendirian itu dibuat selaras keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini (11 September), yang memutuskan parti itu konsisten dan komited dengan agenda penyatuan ummah.

Selaras pendirian itu, beliau memaklumkan PAS terus terbuka untuk mengadakan pertemuan dan rundingan dengan rakan kerjasamanya menjelang PRU-15.

Menurutnya pendirian itu juga sekali gus akan menjadi formula utama ke arah kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

“PAS kekal menganggap semua pihak yang bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah, termasuk UMNO sebagai rakan taawun, terutama dalam membina negara yang baik dan diredhai Tuhan.

“Sehubungan itu, PAS akan terus bersikap terbuka dan sedia mengadakan pertemuan, perbincangan serta perundingan bersama semua rakan taawun dengan memfokuskan kepada titik persamaan dan merapatkan sebarang jurang perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat.

“Ini juga selaras usul dibawa Dewan Ulama PAS Pusat dan disokong sebulat suara dalam Muktamar PAS Ke-68 di Alor Setar baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Muktamar PAS Ke-68 awal bulan ini meluluskan 13 usul, antaranya penyatuan parti politik dan pertubuhan Melayu-Islam, termasuk meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) bagi memastikan situasi satu lawan satu pada PRU-15.

Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemudian menyatakan kerjasama dihulurkan PAS hanya satu politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat MN yang sebenar.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula dilaporkan menganggap kenyataan Zahid itu tidak mewakili pendirian UMNO secara keseluruhan.

Sementara itu, Takiyuddin turut menyatakan pendirian PAS yang tetap enggan bekerjasama dengan PH dan menolak konsep khemah besar tajaan mana-mana pihak sekalipun dalam menghadapi PRU-15.

“PAS amat yakin hanya dengan perpaduan di antara parti Melayu-Islam saja akan dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa serta budaya, seterusnya akan diterima baik oleh majoriti besar rakyat yang tidak mahu sejarah hitam lampau berulang kembali,” katanya.

Agenda khemah besar mula diperkenalkan PH pada April tahun lalu yang menawarkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berkongsi prinsip dan agenda reformasi gabungan itu, namun menolak kerjasama dengan ‘golongan kleptokrat’.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
3 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
3 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
3 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
6 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
1 jam lalu · Politik
Tak boleh hanya PAS dan UMNO sahaja tanpa Bersatu: Abdul Hadi
2 jam lalu · Politik
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
13 jam lalu · Politik
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
14 jam lalu · Politik
PM akan persembah kepada Agong bubar Parlimen tahun ini
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
13 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok