PAS teruskan agenda perjuangan bersama Perikatan Nasional: Hadi

March 13, 2022 · Politik

PAS akan terus kekal di dalam Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan agenda perjuangan integriti, prihatin dan berkebajikan walaupun gabungan itu hanya menang tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam (12 Mac 2022).

Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi PN Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menerima keputusan PRN Johor dengan hati yang lapang.

“(PAS dan PN) akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi yang ditandingi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRN Johor semalam, PN yang turun sebagai underdog menang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

Calon PAS yang mewakili PN, Abdul Aziz Talib menang di DUN Maharani dengan majoriti undi 1,037 mengalahkan lima calon lain, termasuk daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan, Pejuang, Parti Bangsa Malaysia, dan calon Bebas.

Mengulas lanjut Abdul Hadi juga merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi calon-calon PN, khususnya yang dikemukakan oleh PAS.

“Di kesempatan ini, PAS mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), juga jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat.

“Sokongan yang diberikan adalah amat bermakna bagi meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan, demi kemaslahatan negeri dan negara,” katanya.

Berita berkaitan
Melayu muda lupa bersama Pakatan Harapan
10 jam lalu· Rencana
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
10 jam lalu· Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
11 jam lalu· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
12 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
12 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
15 jam lalu · Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
18 jam lalu · Politik
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
8 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok