PAS tak akan bubar tiga DUN sebelum Mac 2023

August 30, 2022 · Politik

PAS telah memutuskan bahawa tiga kerajaan negeri di bawah pentadbirannya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata keputusan itu yang dicapai dalam mesyuarat PAS Pusat semalam (29 Ogos) dibuat bagi memberi tumpuan kepada aspek pemulihan kehidupan rakyat terlebih dahulu.

“Kerajaan Negeri-negeri yang diterajui oleh PAS tidak akan membubarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri masing-masing lebih awal dari bulan Mac 2023.

“Langkah ini dibuat atas dasar pada masa ini penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan dalam kehidupan rakyat terutama di bidang perekonomian selain dari kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiga negeri yang dimaksudkan ialah Kelantan, Terengganu dan Kedah

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata PAS mengambil pendekatan bersikap terbuka dalam mencari formula terbaik bagi mewujudkan kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU15 demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menerusi pembentukan ‘khemah besar’.

“PAS tetap mengutamakan konsep Penyatuan Ummah dan perpaduan nasional dalam setiap langkah dan pendirian politiknya.

“Parti juga amat optimis pendekatan penyatuan ummah tersebut boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan Bumiputera kerana ia adalah formula paling berkesan serta diterima oleh majoriti rakyat Malaysia;

“(Namun) PAS secara tegas tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan mahupun mana-mana parti komponennya dalam menghadapi PRU-15, termasuklah cadangan konsep ‘khemah besar’,” katanya.

Beliau berkata semua perkara itu akan turut diberikan tumpuan semasa Muktamar Tahunan PAS Ke-68 yang akan diadakan di Alor Setar, Kedah pada 3 dan 4 September 2022.

Mac lalu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak akan membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga tamat tempohnya.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, ia bagi memberikan tumpuan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
15 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
16 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
7 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok