‘PAS sudah lama amal sedekah’

January 24, 2023 · Politik

PAS Perak menyifatkan kenyataan UMNO yang menyamakan budaya sedekah dengan amalan rasuah sebagai kecelaruan yang boleh membahayakan negara.

Pesuruhjayanya Razman Zakaria berkata, ini kerana budaya pemberian derma yang menjadi tuntutan agama telah dihidupkan oleh PAS sejak sekian lama.

Katanya, sebagai contoh, PAS Perak kini sedang menggerakkan usaha membangunkan kompleks sendiri di atas tanah seluas 10 ekar hasil infak dan derma yang digerakkan melalui kutipan di kawasan-kawasan PAS.

Tambah Razman lagi, semua aktiviti PAS yang dijalankan adalah hasil derma oleh ahli dan rakyat yang menyokong parti sehingga ia dikenali dengan nama ‘parti tin Milo’.

“Suka saya tegaskan bahawa budaya derma telah menjadi darah daging dan sebati dalam perjuangan ahli PAS.

“Mungkin mereka yang biasa bergelumang dengan rasuah melihat setiap pemberian itu bermaksud kepentingan diri.

“Bagi PAS dan ahlinya, setiap sumbangan derma bermatlamat akhirat dan rasuah adalah sesuatu yang keji di dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, media melaporkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya hanya ibarat sedekah kepada pengundi.

Ahmad Zahid berkata, sebagai ulama, pemimpin PAS seharusnya mempunyai integriti dan tidak boleh ‘menukar fatwa’ sesuka hati.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fahaman sesetengah pihak yang menganggap sesuatu pemberian bagi meraih undi dalam pilihan raya sebagai sedekah adalah salah dan boleh merugikan negara serta masyarakat.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, perbuatan berkenaan sebenarnya adalah satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Sabtu lalu, Abdul Hadi dilaporkan menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanya sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15, lapor Astro Awani. – WartaRakyat

Berita berkaitan
MP DAP gesa SPRM teruskan beku akaun Bersatu, sama seperti UMNO dulu
February 4, 2023· Politik
Tindakan beku akaun bermotif politik nak lemahkan PN hadapi PRN: Tuan Ibrahim
February 2, 2023· Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
January 29, 2023· Politik
PAS Selangor terbuka terima Noh, ahli UMNO
January 27, 2023· Politik
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
5 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
5 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
7 jam lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
14 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok