PAS sedia letak calon bukan Melayu di kawasan majoriti kaum lain: Hadi

September 4, 2022 · Politik

PAS perlu mengatasi halangan perkauman dalam pilihan raya dengan meletakkan calon berlainan kaum dan merayu kepada pengundi bukan Islam, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya PAS berhasrat untuk mencontohi parti saingan, DAP, dalam keupayaan mereka untuk meletakkan calon bukan dari komuniti etnik utama sesuatu kawasan itu.

Beliau berkata pihaknya sudah mula memasuki kawasan bukan Islam dengan bantuan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP).

“Kalau DAP boleh lantik Ahli Parlimen, orang India, kawasan majoriti Cina… mengapa kita tak boleh minta orang Cina sokong kita dalam pilihan raya tak boleh tembusi? Banyak orang India jadi wakil rakyat DAP, orang Cina boleh pilih dia.

“Mengapa tak boleh pilih Melayu? Tak boleh pilih orang India yang sokong kita dewan himpunan?

“Semoga kita juga dapat menerobos benteng untuk mendekatkan kita dengan orang bukan Islam,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan ke-68 parti itu di Kompleks PAS Kedah di Simpang Empat dekat Alor Setar, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau turut menceritakan perkembangan parti selepas berpisah daripada Pakatan Rakyat pada 2015, dengan mengambil pendekatan aman dan mesra terhadap parti dan kumpulan umat Islam lain demi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata objektifnya kini adalah untuk memperjuangkan perpaduan Melayu-Islam demi menjamin keamanan dan kestabilan negara.

“Kita tidak sepatutnya menambah musuh, sebab itu kita berkawan dan mencari NGO dan parti politik yang berkongsi ideologi yang sama dan tidak melampau,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, PAS membentuk gabungan Gagasan Sejahtera dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa) dan NGO Melayu lain.

Gabungan itu bertanding di 160 kerusi menggunakan logo PAS dan hanya menang di 18 kerusi, termasuk sembilan di kubu tradisinya di Kelantan. Bagaimanapun, PAS juga memenangi cukup kerusi untuk mengambil alih Terengganu.

Selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020, PAS menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) dengan Bersatu, Gerakan dan PBRS sambil menegaskan ia akan mengekalkan kerjasama Muafakat Nasional dengan UMNO.

Mengulas lanjut, Abdul hadi berkata PAS membawa penyelesaian politik yang bersifat nasional dan bukan kenegerian.

“Pendekatan strategi yang berbentuk nasional, kebangsaan, tidak boleh kenegerian… ini kena faham kerana ada negeri yang nak minta autonomi, nak buat kerja sendiri, nak hadapi pilihan raya ini saya nak peringkatkan.

“Ini sangat penting. Saya telah berjanji ketika PRU-14 nak jadikan PAS King Maker. Selepas PH menumbangkan Barisan Nasional (BN), kita menghadapi kerajaan yang lebih teruk daripada BN, yang lebih dahsyat.

“(Dua minggu setelah PRU-14) PAS mengambil pendekatan perpaduan ummah mengajak parti-parti Melayu dan Bumiputera yang besar dalam satu gabungan untuk membuat perubahan, mengajak parti-parti bukan-Islam yang tidak ekstrem dalam gabungan untuk mengubah kerajaan.

“Dan kita berjaya mencapai kejayaan. Dalam keadaan kita memandu, PAS memandu sedikit sebanyak, belum berkuasa lagi memandu. Kita perlu ke arah menggerakkan kekuatan kita untuk mendominasi kerajaan ataupun menguasai kerajaan sepenuhnya peringkat demi peringkat.

“Dengan sebab itu saya minta supaya strategi yang bersifat jamaie, bersifat nasional, hendaklah dipelihara dan dijaga dengan baik. Jangan masing-masing bawa kepala sendiri dan negeri sendiri kerana nak cepat menang,” katanya.

Berita berkaitan
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
2 jam lalu· Politik
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
4 jam lalu· Politik
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
September 28, 2022· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
September 28, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
September 29, 2022
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
September 29, 2022
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO yang tolak dan anggap sebagai musuh dahulu, kata ahli MPT Bersatu
1 jam lalu · Politik
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
4 jam lalu · Politik
Anwar mahu lebih tegas dengan Dr Mahathir kerana tak pernah insaf
5 jam lalu · Politik
Anwar beri isyarat tak lawan anak murid di Bagan Datuk
5 jam lalu · Politik
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok