PAS sedia lawan BN jika UMNO bergerak sendirian

June 20, 2022 · Politik

PAS membayangkan bersedia berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang sekiranya UMNO bertanding sendirian tanpa menghiraukan Muafakat Nasional (MN).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu mempunyai beberapa pilihan untuk berdepan PRU akan datang, termasuk kerjasama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama, katanya PAS juga berusaha untuk mewujudkan kerjasama di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selagi Parlimen tidak dibubarkan.

“Bagaimanapun jika UMNO masih berkeras juga untuk bertanding bersendirian maka PAS terpaksa hadapi perkara itu.

“Kita sudah biasa, sedia atau tidak sedia, bila UMNO buat keputusan maka kita kena hadapi. Kita tidak boleh terima jika UMNO hendak bekerjasama… PAS perlu tinggalkan Bersatu… kerana jika boleh kita hendak sentiasa bersama untuk kepentingan semua.

“Mungkin kita dengan MN, PN, dan mungkin kita bersendirian. Jadi semua pilihan ini kita ambil kira dan kita bersedia untuk berdepan dengan semua pilihan berkenan,” katanya kepada media malam tadi.

Mohd Amar PAS sudah menubuhkan jawatankuasa perundingan yang sedang berunding mengenai pemilihan kerusi PRU-15.

Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata PAS sentiasa bersiap siaga menghadapi PRU-15 yang akan diadakan pada bila-bila masa kerana sudah hampir memasuki tahun kelima.

“Kita sudah sedia hadapi pilihan raya pada bila-bila masa. PAS pun menunggu tarikh yang diumumkan. Jika ia diumumkan awal, PAS akan membuat persediaan yang sepatutnya,” katanya.

Berita berkaitan
Arahan keluar RM1 juta tak ikut prosedur, kata saksi kes Syed Saddiq
5 jam lalu· Isu semasa
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
7 jam lalu· Politik
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
12 jam lalu· Politik
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
23 jam lalu· Politik
Popular
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
July 6, 2022
Selepas penafian Mat Hasan, Asia Times dedah rakaman asal audio wawancara
July 5, 2022
Mat Hasan bercakap benar berhubung kes Najib, perlu masuk penjara dahulu
July 6, 2022
Rafizi ucap tahniah atas keberanian Mat Hasan sanggah Najib
July 6, 2022
Lagi Politik terkini
MoU 2.0 buka peluang kerajaan lakukan transformasi meluas
4 jam lalu · Politik
PKR Johor anjur ‘flash mob’ bantah kenaikan harga barang
7 jam lalu · Politik
UMNO heret RoS ke mahkamah jika tak luluskan pindaan perlembagaan
10 jam lalu · Politik
Pengikut Anwar tak puas hati tuduhan Rafizi, nafi cuba ubah keputusan
24 jam lalu · Politik
Rafizi beri amaran kumpulan kalah pemilihan PKR hentikan ‘permainan’
July 5, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok