PAS sasar tanding 80 kerusi Parlimen, pilih ikut KPI

September 4, 2022 · Politik

PAS menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah, berkata jumlah itu sekali ganda berbanding 40 kerusi ditandingi pada PRU14 dan pihaknya sedang menganalisa kawasan yang mencapai indeks pencapaian utama (KPI) untuk berada dalam senarai 80 kerusi Parlimen yang disasarkan, lapor Bernama.

“Mana-mana kawasan yang tidak mencapai KPI akan digugurkan dan digantikan kawasan lain yang didapati ada peningkatan prestasi baik dari segi persiapan jentera mahupun keperluan lain untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung usul perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-68 di Kompleks PAS Kedah di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri itu juga berkata parti itu menyasarkan 40 kerusi Parlimen untuk dimenangi pada PRU15 sekali gus membentuk kerajaan Persekutuan.

“Bayangkan apabila (PAS) ada 40 kerusi, ini adalah tanda aras diletakkan dalam perjalanan PAS yang panjang dengan kita menyasarkan bermula 2020 hingga 2050… akan dapat saksikan (jawatan) PM (Perdana Menteri) daripada PAS,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui dalam sesi lawatan ke Bilik Media, Muhammad Sanusi berkata jentera pilihan raya PAS kini berada pada tahap 99 peratus bersedia menghadapi PRU15, dan akan fokus pada kawasan yang dirasakan boleh menang.

Berita berkaitan
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
AUKU masih relevan dan sangat penting, kata Menteri UMNO
March 9, 2023· Isu semasa
MP Pendang diarah keluar dewan kerana cuba mencelah perbahasan Rafizi
March 8, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
4 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
12 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
14 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
15 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok