PAS sambut baik tawaran kerjasama PM kepada pembangkang

August 22, 2021 · Politik

Tawaran kerjasama yang dibuat Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada blok pembangkang disambut baik PAS dengan menyifatkan semua pihak perlu bersatu dalam menghadapi wabak dan krisis ekonomi negara.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ yang ingin diketengahkan kerajaan bawah pentadbiran Ismail Sabri akan mewujudkan ketenangan dan keharmonian agar kerajaan memberi fokus utama kepada menangani pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat serta negara.

“PAS menyambut baik pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ sebagaimana disebutkan oleh YAB Perdana Menteri. Ia pendekatan yang bertujuan menyatukan semua pihak dalam menghadapi wabak dan krisis ekonomi negara.

“PAS juga menyambut baik ruang tawaran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kepimpinan pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengajar semua pihak untuk bekerja sebagai satu pasukan dan berhenti daripada terus berkonflik antara satu sama lain.

“Pada ketika ini kita berada di bulan kemerdekaan negara. Kemerdekaan daripada menentang penjajahan seterusnya membangunkan negara. Marilah bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan demi negara tercinta,” ujarnya.

Ismal Sabri dalam ucapan sulungnya hari ini berkata kerajaan menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Kata Ismail Sabri Yaakob ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Pemimpin blok pembangkang DAP dan PKR sudah menyatakan kesediaan untuk menimbang tawaran tersebut dan akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen sebelum membuat keputusan.

Berita berkaitan
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
9 jam lalu· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
17 jam lalu· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
18 jam lalu· Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
9 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
9 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
9 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
17 jam lalu · Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok