PAS ranapkan PH jika ada RM90 juta dalam tabung, kata Hadi Awang

September 27, 2022 · Politik

PAS bukan sahaja akan menguasai negara jika ia mempunyai RM90 juta dalam tabungnya, malah dapat meranapkan Pakatan Harapan (PH), kata Tan Sri Abdul Hadi Awang, hari ini (27 September 2022).

Justeru, katanya jika benar, UMNO yang menyogok RM90 juta maka adalah sangat bodoh kerana melakukan suatu perkara yang boleh membunuh mereka.

“Dengan RM90 juta kalau benar-benar ada, pasti PAS juga lebih mudah meranapkan PH yang banyak duit perbelanjaan untuk media sosial bagi menyebarkan pembohongan dengan meluas tanpa aqidah dan ideologi kerana kepelbagaian anutan ahlinya.

PAS juga tidak mampu mengadakan media sosial bagi menjawabnya kerana terlalu mahal, apatah lagi untuk menyiarkan fitnah, menipu dan berbohong besar. Balanya tidak mampu dibayar dosanya dengan duit berkali ganda RM90 juta,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Ahli Parlimen Marang itu mempertahankan ahli partinya dengan berkata hanya ahli PAS yang tulen sahaja tahu pengorbanan sebenar kerana menegakkan Islam memerlukan derma ikhlas dan wang yang halal dan diberkati, manakala wakil rakyat PAS pula diwajibkan untuk menyedekahkan sebahagian daripada pendapatan mereka kepada parti.

Kenyataan Abdul Hadi mengenai derma RM90 juta adalah sebagai tindak balas kepada laporan polis yang difailkan terhadapnya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer pada 9 September, mendakwa rasuah, pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai.

Ini menyusuli pelancaran video, di mana Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kononnya “mengesahkan” dakwaannya bahawa UMNO didakwa memberi rasuah RM90 juta kepada PAS untuk mendapatkan sokongan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Abdul Hadi, dalam catatan Facebooknya, menegaskan jika PAS benar-benar mempunyai jumlah wang itu, PAS pastinya tidak akan “bocor” sedikit pun.

“PAS berusaha untuk mendapatkan kuasa bagi mencegah kemungkaran dengan tangan dan sekurang-kurangnya dengan lidah. Maka, ahli PAS yang setia dan beraqidah tidak boleh dipotong lidahnya atau ditutup mulutnya oleh UMNO dengan fitnah RM90 juta.

“Mereka yang memilih untuk tutup mulut pasti akan meninggalkan PAS, atau keluar sendiri menyertai jalan yang mudah menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran sehingga melompat laksana kera yang melihat pokok yang banyak buahnya.

“PAS tidak berganjak walaupun kerajaannya di Kelantan telah dinafikan hak royalti petroleum dan berbilion ringgit dirompak di Terengganu, PAS tetap tidak tunduk dan menyerah kalah. Maka, terlalu murah harganya kalau mahu membeli PAS dengan bayaran RM90 juta,” katanya lagi.

Kenyataan penuh 

Berita berkaitan
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
18 jam lalu· Politik
MUDA muatnaik surat mohon masuk PH, harap Saifuddin baca di FB
March 24, 2023· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023· Politik
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
March 26, 2023
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
March 26, 2023
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
March 26, 2023
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023
Lagi Politik terkini
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
36 minit lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
8 jam lalu · Politik
PRN: UMNO ada senjata tekan parti komponen PH beri kerusi sama rata
9 jam lalu · Politik
PRN: PN sudah ada calon MB, poster boy di Selangor, Negeri Sembilan
10 jam lalu · Politik
Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok