PAS nak sedarkan UMNO – PH musuh sebenar, bukan Bersatu

September 7, 2022 · Politik

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin mendedahkan ‘rundingan diam-diam’ antara PAS dan pemimpin tertentu yang berjawatan dan berpengaruh di dalam UMNO untuk menyedarkan parti Melayu itu siapa musuh sebenar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“PAS mahu menyedarkan UMNO bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada PRU-15 adalah PH dan bukannya Bersatu.

“Nak bagi UMNO sedar siapa kita nak lawan. Dia bukan UMNO lawan PAS, lawan Bersatu, bukan begitu. Kalau boleh berpakat, kita berpakat,” katanya memetik laporan FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rundingan antara dua parti itu seperti yang disahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, 4 September lalu.

Takiyuddin sebelum ini menegaskan, PAS masih merundingkan kerjasama politik dengan UMNO, walaupun parti berteraskan Melayu itu menafikan secara terbuka sebarang usaha sedemikian bagi menghadapi PRU-15.

Takiyuddin enggan menyatakan kumpulan di dalam UMNO yang sedang berunding dengan PAS bagaimanapun, hanya berkata mereka mempunyai pendirian untuk berbuat demikian.

“Pemimpin (yang bercakap dengan PAS) mempunyai jawatan dan kedudukan untuk mengendalikan perbincangan,” kata Takiyuddin selepas Muktamar Tahunan Ke-68 di Kompleks PAS Kedah di Simpang Empat, dekat Alor Setar.

Mengulas lanjut, Hashim berkata akar umbi UMNO mahukan penyatuan MN namun ditolak “pemimpin atasan mereka”.

“Yang ada seorang kita kenal (tak mahu MN), dia yang sebut begitu. Adakah…(suara) majoriti atau akar umbi dalam UMNO sama dengan apa yang dicakapkan tu.

“Sekarang ni kita merasai akar umbi UMNO nak kepada perpaduan tu, terpulang kepada pemimpin dia,” katanya.

Agenda Daily difahamkan ada sesetengah pemimpin tertinggi di dalam barisan kepemimpinan UMNO yang mahu bekerjasama dengan PAS yang menganggotai Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, Gerakan dan STAR.

Untuk rekod, memang wujud kumpulan pemimpin UMNO yang menentang pendirian Zahid menolak kerjasama dengan PN, khususnya PAS.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok