PAS nafi Bersatu tawar 47 kerusi, dakwaan Asyraf Wajdi merapu

October 16, 2022 · Politik

PAS menafikan terdapat tawaran 47 kerusi daripada Bersatu untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sehingga menjadi sebab parti Islam itu kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu 47 kerusi itu tidak disebut dalam perbincangan antara pemimpin UMNO dan PAS sewaktu pertemuan yang didedahkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, pada Jumaat.

“Tak betul, dia merapu. Dia (Asyraf) tak terlibat pun dalam mesyuarat tu.

“Hanya empat orang yang tahu apa perincian perbincangan… 47 kerusi tidak pernah disebut dalam perbincangan.

“Masalah utama bukan jumlah kerusi, kerana ia tiada perincian dalam perbincangan tersebut,” katanya menurut Sinar.

Menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat, Asyraf berkongsi satu gambar pertemuan di antara Presiden dan Timbalan Presiden kedua-dua parti, UMNO dan PAS pada Rabu iaitu sehari sebelum parti Islam itu membuat keputusan kekal bersama PN.

Gambar itu memaparkan pertemuan lapan mata antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim.

Asyraf mendakwa PAS menegaskan jika bersama PN, Bersatu menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada parti itu.

Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata PAS memilih untuk tidak bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU-15 akan datang disebabkan pemimpin parti itu terlibat dengan perbuatan rasuah.

Katanya meskipun laluan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) lebih sukar namun pihaknya memilih untuk menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara mereka.

“Kerana ada keruh ini kita tangguh dahulu jadi kita ambil pendekatan jernihkan keadaan dulu dengan gabungan PN. Tolak yang beri dan terima rasuah (BN). Walaupun ini (PN) lebih payah,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
21 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
21 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
13 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok