PAS mahu elak tiga penjuru di 27 kerusi, mahu berunding dengan UMNO

September 2, 2022 · Politik

PAS berharap masih ada ruang berunding dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan tiada pertembungan di 27 kerusi ‘kritikal’ Parlimen antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perbincangan antara dua pihak iaitu PAS sebagai parti komponen PN dan UMNO yang menjadi tunjang BN perlu diadakan untuk mengelak pertembungan tiga penjuru terutama di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu, menurut laporan Bernama.

“Jadi tentulah (perebutan) kerusi-kerusi ini perlu dibincang, ada puluhan lagi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang boleh kita bincang. Contohnya seperti (Parlimen) Raub dan Bentong, kerusi ini dimenangi PH sedangkan majoriti pengundi Melayu, tapi bila dua-dua bertembung, akhirnya dua-dua (BN dan PN) rugi.

“Jika tidak boleh berpakat semua, jangan bertembung semua, itu kaedah kita buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat sempena Muktamar PAS ke-68 di sini hari ini.

Menjawab soalan sama ada MN masih wujud atau sudah terbubar, Tuan Ibrahim berkata setakat ini, sama ada UMNO atau PAS tidak pernah bercadang agar MN dibubarkan.

Katanya muafakat itu perlu kekal demi menjadi wadah agenda kepentingan Melayu dan Islam dan bukan sekadar untuk perbincangan politik sewaktu pilihan raya.

Namun, Tuan Ibrahim berkata jika UMNO dan BN mahu bergerak solo pada PRU15, PN bersedia untuk menghadapi pertembungan tiga penjuru.

“PN bersedia dalam semua keadaan. Kalau UMNO buat keputusan bergerak solo kita terpaksa lawan dan kita bersedia untuk lawan. PN akan lawan tiga penjuru, tapi tiga penjuru (nanti) BN rugi, PN pun rugi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air dalam ucapannya mengumumkan sambutan Hari Air Peringkat Kebangsaan 2022 akan diadakan di Kedah iaitu di sekitar Sungai Muda.

Sambutan yang diadakan pada 25 Sept itu sebagai mengambil kira kepentingan peranan Sungai Muda membekalkan air di tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

“JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk sambutan itu diadakan (di sepanjang Sungai Muda), kita akan umumkan nanti,” katanya.

Berita berkaitan
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
9 jam lalu· Politik
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
11 jam lalu· Politik
Andai bubar esok pun kita sudah bersedia, kata Hishammuddin
14 jam lalu· Politik
Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat
19 jam lalu· Politik
Popular
Buat PRU-15 semasa banjir, PKR akan sumbat pemimpin UMNO masuk penjara
September 12, 2022
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022
Nak bubar Jumaat ini, Azmin bidas UMNO tak ada hati perut
October 5, 2022
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
October 5, 2022
Lagi Politik terkini
Manifesto PN rangkumi semua perkara dijanji dan dilaksana: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Zahid kata pembangkang guna alasan Deepavali pula elak PRU
8 jam lalu · Politik
PN perlu pastikan anak muda keluar buang undi, kata Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
PAS ada pelan kedua penyatuan ummah, kata Tuan Ibrahim
12 jam lalu · Politik
UMNO Pasir Salak kecewa Tajuddin digantung, minta penjelasan segera
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemasangan lokar di 626 sekolah selesai Oktober
12 jam lalu
[VIDEO] Pandangan orang awam terhadap PRU15 diadakan tahun ini
October 4, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok