PAS letak calon tempatan lawan bekas MP keluar parti, mesra UMNO

October 28, 2022 · Politik

PAS memilih anak tempatan sebagai calon di Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini bagi menggantikan penyandangnya yang keluar parti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang turut melahirkan keyakinan PAS akan menang meskipun penyandangnya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dijangka bakal bertanding atas tiket Bebas pada PRU-15 nanti.

“Kerusi itu memang milik kita dan kita menang (PRU-14) pun dengan jumlah majoriti yang tinggi. Kita sudah kemukakan cadangan dua, tiga calon di situ dalam kalangan orang tempatan, orang Kuala Nerus.

“Kita yakin akan dapat pertahankan, sama ada Khairuddin bertanding (atas tiket) UMNO ke, Bebas ke, kita yakin akan terus menang di kerusi itu.

“Orang PAS sudah mengambil sikap dan telah yakin dengan perjuangan, setia dengan parti walaupun pemimpinnya bertukar haluan. Kita yakin PAS tidak tergugat kerana undi berdasarkan perjuangan Parti bukan atas individu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran jentera pilihan raya di Kuala Terengganu, malam tadi, lapor Sinar Harian.

Pada 14 Mac lalu, Khairuddin membuat keputusan keluar parti setelah menjadi ahli Pas selama 33 tahun sejak 1989 dan pernah memegang pelbagai jawatan sejak 1999 dan yang terakhir sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas.

Sejak itu beliau dilihat mesra UMNO termasuk menganjurkan program bersama pada perayaan korban tahun ini.

Pada PRU14 lalu, beliau meraih 37,974 undi dengan majoriti 8,447 menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN), Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang mendapat 29,527 undi.

Mohd Khairuddin sebelum ini dilaporkan akan bertanding atas tiket Bebas untuk mempertahankan kerusi dimenanginya pada PRU-14 itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022· Politik
Dulu bukan main menentang rasuah, kini bergabung dengan perasuah: Hadi
November 29, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
45 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok