PAS letak calon baharu lawan Khairuddin yang mesra UMNO

October 21, 2022 · Politik

Kerusi Parlimen Kuala Nerus bakal menyaksikan penampilan calon baharu dalam usaha PAS merampas semula kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini.

PAS pada PRU-14 memenangi kerusi Parlimen Kuala Nerus, bagaimanapun wakilnya, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bertindak keluar parti dan menjadi mesra kepada UMNO.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman mengesahkan mempertaruhkan tujuh calon untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen pada PRU-15, ia termasuk muka baharu di Kuala Nerus bagi mencabar bekas Ahli Parlimennya itu.

“Setakat ini hanya satu kerusi Parlimen akan diserahkan kepada calon Bersatu iaitu Hulu Terengganu.

“PAS mungkin mempertaruhkan calon ‘bidan terjun’ atau kalangan Exco kerajaan negeri untuk bertanding merampas semula kerusi Parlimen Kuala Nerus yang dilarikan bekas jawatankuasa PAS pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali,” katanya dipetik laporan media.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin sebelum ini dilaporkan akan bertanding atas tiket Bebas untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada PRU-14.

Pada PRU-14 lalu, Khairuddin memenangi kerusi Kuala Nerus dengan majoriti 8,447 undi bagi menewaskan calon UMNO dan PKR.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
1 jam lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok