PAS kekal guna logo PN, Hadi tak tolak PRU perlu disegerakan

June 24, 2022 · Politik

PAS kekal dengan pendirian menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata walaupun terdapat cadangan agar PAS kembali menggunakan lambang asal mereka, ia hanya pandangan peribadi kerana setakat ini parti masih dengan ketetapan untuk kekal menggunakan lambang PN.

“Cadangan supaya parti itu menggunaan simbol sendiri merupakan pandangan peribadi bukan parti,” katanya dipetik laporan media.

Hadi ditemui selepas kuliah pagi di Masjid Rusila hari ini.

Berhubung isu PRU-15, Hadi tidak menolak ia perlu disegerakan sekiranya keadaan memerlukan apabila kerajaan tidak lagi stabil tetapi ia bergantung kepada situasi politik negara.

Bagaimanapun, menurutnya, semua pihak perlu membuat persediaan rapi bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya tersebut.

Katanya, PRU tidak perlu diadakan segera sekiranya tidak mempunyai sebarang persediaan.

“Memanglah pada dasarnya, kita (PAS) bersetuju PRU diadakan sehingga habis penggal.

“Tapi kalau dalam keadaan yang memerlukan untuk membina kekuatan dalam kerajaan perlu disegarakan PRU itu. Tengok keadaan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Hadi juga dilaporkan berkata PAS berpendirian tiada keperluan untuk mendesak kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan.

PRU-15 perlu diadakan selewat- lewatnya pada pertengahan September 2023 iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PRN: PAS harap ramai keluar mengundi Sabtu ini
August 9, 2023
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok