PAS kekal bersama PN, tolak tawaran Kit Siang: Tuan Ibrahim

May 17, 2023 · Politik

Sebarang tawaran untuk menyertai kerajaan campuran ditolak PAS, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS itu berkata tawaran dibuat veteran DAP, Lim Kit Siang supaya menyertai kerajaan campuran tidak akan dilayan kerana akan setia bersama dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Tegasnya, PAS tidak akan sesekali mungkir janji dan mengkhianati pengundinya dengan meninggalkan PN.

“Tiada isu peribadi (terhadap DAP) melainkan kami kekal dengan janji kami kepada rakyat sewaktu kempen, dan kami tidak akan membohongi pengundi kami (tidak bersama PN),” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Tuan Ibrahim mengulas cadangan Lim Kit Siang di blognya pada Isnin agar kerajaan perpaduan menawarkan untuk bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim menggesa kerajaan agar membatalkan keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai hak warga Sarawak, Jill Ireland, untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam pendidikan agamanya.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya sehaluan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dengan melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”.

Berita berkaitan
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
8 minit lalu· Politik
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
39 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
48 minit lalu· Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
15 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok