PAS kekal bersama PN hadapi PRU-15, tapi tak lupa UMNO: Sanusi

September 30, 2022 · Politik

PAS akan kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, namun sentiasa membuka pintu kerjasama dengan UMNO.

Bagaimanapun, parti itu juga berkeyakinan penuh bahawa tanpa kerjasama dengan UMNO dalam PRU-15, PAS akan terus mendapat mandat daripada pengundi kerana kekuatan PN.

28 September lalu, Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan berhubung laporan parti itu dijangka memuktamadkan siapa ‘rakan’ kerjasama pada PRU-15, sama ada PN atau UMNO.

Ia susulan kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata PAS akan memuktamad hala tuju sama ada mengekalkan kerjasama dengan PN atau masih ada persefahaman dengan UMNO menjelang PRU-15.

Menurut Muhyiddin bayangan itu diberikan oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada pertemuan dengan kepemimpinan Bersatu – salah satu parti komponen PN.

Memetik laporan Utusan hari ini (30 September 2022), Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata jentera parti berada pada tahap terbaik untuk menghadapi PRU bila-bila masa sahaja bersama PN.

Beliau yang juga Pengerusi PN Kedah berkata PAS bagaimanapun sentiasa membuka pintu kerjasama dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu.

“PAS sentiasa mengambil sikap terbuka dalam membincangkan kerjasama dengan BN atau UMNO termasuk kesediaan menerima penolakan parti itu yang dianggap tidak menjejaskan jentera parti.

“Nak kawan ka tidak, kita tak tau tetapi sekilas ikan di air kita sudah tahu jantan betina. Jadi sekali mereka (BN) bercakap kita sudah tahu nak kawan ka nak lawan.

“PN? Alhamdulillah sudah bersedia sepenuhnya dari atas ke bawah di peringkat negeri walaupun belum lancar secara rasmi jentera PN Kedah seperti mana seperti Terengganu.

“Selepas ini, pada 9 Oktober pelancaran PN Perak dan kemudian itu di Kedah tarikh daripada Pengerusi PN pada masa kelapangan beliau,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Setiausaha Agung PN di Alor Setar, malam tadi.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, PAS yakin tanpa kerjasama dengan BN dan UMNO dalam PRU-15, PAS akan terus mendapat mandat daripada pengundi kerana kekuatan PN.

“Pada masa ini parti yang bergabung membentuk PN sedang mengukuhkan jentera pilihan raya masing-masing. Semua parti PN siap sedia sepenuhnya. Kita akan hasilkan jentera PRU yang terkuat untuk hadapi sesiapa sahaja.

“Bila semua parti sedia, gabungan kita akan hasilkan jentera ketumbukan yang kuat untuk kita hadapi sesiapa saja dalam PRU15. Pas tidak ada isu di Kedah kita tidak amalkan rasuah, balaih (ambil) duit dan buat kerja buruk.

“Saya selalu pastikan Exco, wakil rakyat, Ahli Majlis kita buat kerja. Jangan merapu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
9 jam lalu· Rencana
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
9 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok