PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter

June 7, 2023 · Politik

Sokongan penuh diberikan PAS Kedah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang sedang berdepan tekanan pihak kerajaan campuran ketika ini.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya membidas pihak kerajaan campuran yang menggunakan pihak berkuasa untuk memberi tekanan kepada Sanusi dan membunuh karakternya hanya kerana lantang membangkitkan isu sejarah pemilikan Pulau Pinang kepada Kedah sebelum ini.

Oleh itu, ujar beliau, langkah mempertahan naratif sejarah berkaitan perkara itu bukan suatu perlakuan jenayah, bahkan tidak ada merit untuk mengklasifikannya sebagai hasutan yang termaktub di bawah Akta Hasutan.

“Perdana Menteri tidak harus secara berterusan mempolitikkan isu ini. Kecaman dan tekanan yang dihamburkan terhadap Kedah bertitik tolak daripada dendam kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Hakikatnya, sememangnya terdapat usaha membunuh karakter seorang yang bernama Sanusi. Mereka lebih berminat menjatuhkan Menteri Besar Kedah berbanding berbahas soal sejarah,” katanya dalam kenyataan.

Untuk rekod, pihak polis akan mengambil keterangan Sanusi berhubung kenyataan kontroversinya yang dibuat pada 29 Mei lalu bahawa Pulau Pinang milik Kedah dan tidak ada sempadan antara kedua-dua negeri itu.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pihaknya turut berpegang kepada pendirian bahawa isu tersebut tidak harus disamakan dengan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah mahupun hubungan Siam dengan Kedah.

Katanya, isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan pada hari ini tidak melibatkan kedaulatan sempadan negara.

“Kerajaan negeri Kedah telah berulang kali menuntut hak pajakan Pulau Pinang, penyelesaian isu caj air mentah serta kelulusan projek Kedah Aerotropolis.

“Malangnya kesemua ini sengaja didiamkan serta dilengahkan tidak sebagaimana pantasnya Perdana Menteri tersinggung dengan isu pemilikan Pulau Pinang pada hari ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
5 minit lalu· Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu· Politik
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu· Isu semasa
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok