PAS jemput UMNO ke muktamar walaupun bakal ‘berentap’ PRU-15

August 26, 2022 · Politik

PAS menjemput UMNO bersama beberapa lagi rakan parti lain ke Muktamar Tahunan Ke-68 yang akan diadakan mulai 3 dan 4 September ini, tatkala kedua-dua parti itu dilihat tidak lagi sehaluan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jemputan itu akan dibuat walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) berulang kali telah menyatakan pendirian untuk bergerak secara solo pada PRU-15.

Sebelum ini, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar PAS beradu kekuatan terlebih dulu pada PRU-15 sekiranya ingin bercakap berhubung pembentukan kerjasama.

Kata Zahid sekiranya PAS masih mahu membentuk kerjasama dengan UMNO, ia boleh dilakukan selepas PRU15.

“Kalau nak jalin sebarang bentuk kerjasama, jalin selepas keputusan PRU15…sekarang ini kita turun ke gelanggang dan adu kekuatan…kekuatan dari segi pengaruh pengundi-pengundi.

“Walaupun mahukan persefahaman dan sebagainya itu hanyalah harapan, tetapi realitinya rakyat tahu parti mana boleh membela nasib mereka,” katanya dalam wawancara ‘Jawab, Saya Tanya! baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata muktamar kali ini dilihat akan memfokuskan kepada perbincangan kepada memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) menghadapi PRU-15.

“Persiapan kali ini berjalan lancar dengan muktamar tahunan dewan-dewan akan diadakan di tempat ber­asingan bermula 1 dan 2 September dan seterusnya acara kemuncak pada 3 dan 4 September di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut.

“Usul-usul yang akan dibawa ke muktamar kali ini belum dibentangkan lagi dan biasanya akan dihantar kepada Setiausaha Agung Pas (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Tetapi saya melihat kali ini, ia lebih menjurus kepada memperkukuhkan PN menjelang PRU-15,” katanya memetik laporan Utusan hari ini.

Ini kerana, katanya PAS melihat BN seperti hampir pasti untuk bertanding solo pada PRU-15 dan parti itu tiada pilihan selain terpaksa hadapinya.

“Jadi kita akan lebih kepada usaha memperkukuhkan PN,” katanya lagi.

Dianggarkan seramai 1,300 perwakilan dari 197 kawasan seluruh negara akan hadir ke Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut bermula 3 hingga 4 September ini untuk menyertai muktamar tahunan parti ber­kenaan yang dijangka terakhir sebelum PRU-15.

Difahamkan beberapa penekanan berkaitan gerak kerja pilihan raya akan diumumkan melalui ucapan dasar yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 3 September ini.

“Sempena muktamar kali ini, kita juga akan adakan maj­lis pelancaran jentera pilihan raya peringkat pusat yang akan diadakan pada 3 September. Dengan adanya program sebegini, ia akan memeriahkan lagi penganjuran muktamar,” kata Tuan Ibrahim.

Berita berkaitan
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
20 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO tak paksa DAP minta maaf, kerjasama dengan PH masih kukuh: Akmal
38 minit lalu· Politik
Bekas ahli tak mahu subahat dengan pemimpin menyamak dan sucikan DAP
51 minit lalu· Politik
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
5 jam lalu· Politik
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
June 10, 2023
Lagi Politik terkini
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
5 jam lalu · Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
20 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
23 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
24 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Gombak Setia jadi perhatian Anwar Ibrahim
June 10, 2023
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok