PAS gesa SPRM jangan layan berat sebelah, pertikai Zahid umum peruntukan

August 1, 2023 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh memberi layanan berat sebelah dalam isu melibatkan pemimpin negara yang terbabit perbuatan salah laku, khususnya rasuah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khairuddin berkata pihak berkuasa tersebut tidak boleh menutup sebelah mata dalam kes melibatkan pemimpin kerajaan melakukan kesalahan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berjalan ketika ini.

“Jangan kerana ahli politik ini adalah pemimpin negara, kita tutup sebelah mata dan takut nak ambil tindakan.

“Tidak sepatutnya budaya korupsi terus dibiarkan berlaku, terutama ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Khairil Nizam mendakwa, adalah jelas dan nyata budaya korupsi masih menebal dalam diri pemimpin utama di negara kita.

“Sehari sebelum hari pencalonan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) dalam program politik bersama anak muda di Terengganu telah mengumumkan kelulusan geran sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 untuk Pasukan Motosikal Negeri Terengganu.

“Malah selepas pengumuman itu, TPM menyebut, ‘itu baru saya, lepas ni Perdana Menteri naik (Terengganu), dia akan tambah, asalkan pada 12 Ogos nanti, belia mengikut gelombang biru dan merah yang ada di negeri Terengganu,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Jumaat lalu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengumumkan peruntukan lebih setengah juta ringgit membabitkan Persatuan Belia Gabungan KETENGAH berjumlah RM100,000; selain RM250,000 untuk Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 bagi persatuan permotoran di Terengganu.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, menyeru golongan muda yang hadir mengundi “gelombang biru dan merah” pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini, sambil menambah jumlah yang diperuntukkan mungkin ditambah bergantung kepada keputusan pilihan raya pada 12 Ogos.

Pengumuman itu menyebabkan ramai pihak mempertikaikan langkah terbabit dengan sesetengah pihak menyifatkan peruntukan itu sebagai “rasuah” kepada pengundi di Terengganu.

Mengulas tindakan Zahid itu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyifatkan pemberian geran bernilai RM350,000 oleh kerajaan kepada belia Terengganu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut, berkata walaupun SPRM menegaskan pemberian geran inisiatif kerajaan bukan satu rasuah, namun dalam kes itu, Zahid menyalahgunakan inisiatif kerajaan secara bersyarat.

“Syaratnya, inisiatif lanjut akan diberi seandainya undi diberikan kepada PH dan BN,” katanya.

Berita berkaitan
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023· Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok