PAS enggan layan pendedahan merapu tak sahih dibuat PASleak: Hadi

April 22, 2022 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan kontroversi yang kononnya dibuat PASleak adalah tidak sahih dan tiada keperluan untuk PAS melayan tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

Presiden PAS itu berkata tidak ada kepastian berhubung kesahihan dokumen yang didedahkan oleh PASleak itu, malah pihak yang membuat dokumen juga tidak diketahui siapa dan tidak wajar untuk masuk campur dalam isu yang tidak pasti ketulenannya.

Sehubungan itu, menurut beliau, tiada keperluan untuknya membuat penafian selepas penjelasan sudah dilakukan Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, kelmarin.

“Masalahnya siapa yang buat surat itu pun kita tak tahu, jadi tiada guna kita dok layan (melayan) surat layang ni, nanti kita sama-sama melayang.

“Saya rasa hanya yang loyar buruk sahaja yang melayan surat layang ni, kerana dari segi undang-undang pun tidak lekat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hadi ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang.

Dalam pada itu, Hadi juga berkata terpulang kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat laporan polis kerana PAS kekal dengan pendirian untuk tidak melayan isu berkenaan.

Dalam perkembangan sama, katanya, penyebaran PASleak tidak menggugat hubungan parti itu dengan rakan komponen Perikatan Nasional (PN), sebaliknya mereka sentiasa berbincang dari semasa ke semasa.

Dokumen PASleaks itu mengandungi dakwaan ringkasan pertemuan dikatakan antara pemimpin PAS dengan beberapa pemimpin parti politik lain antara 24 Mac dan 7 April.

Sejak beberapa hari lalu, satu dokumen yang didakwa kononnya minit mesyuarat sebuah parti politik didakwa mendedahkan pakatan politik menentang kumpulan Kluster Mahkamah dalam UMNO.

Minit mesyuarat itu kononnya menyatakan pertemuan diadakan di rumah Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Hussein, turut mendakwa Ketua Hakim Negara bersubahat untuk mempercepatkan perbicaraan kes rasuah dan mensabitkan kesalahan dua pemimpin UMNO, Zahid dan Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menafikan dakwaan berkenaan dan sudah membuat laporan polis terhadap sumber dakwaan yang dipercayai daripada posting dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Shahrir Samad – Tok Uban.

Media melaporkan antara kandungan dalam dokumen itu menyebut tentang idea untuk mempercepatkan proses memenjarakan Zahid dan Najib yang terpalit puluhan kes mahkamah.

Beberapa nama pemimpin politik utama lain juga dikaitkan dalam dokumen itu.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok