PAS dukung kerajaan sedia ada, tak terlibat komplot ‘khemah besar’

April 18, 2022 · Politik

PAS sentiasa mendukung dan memperkuatkan Kerajaan Persekutuan yang diterajui bersama oleh Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah dan STAR.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan parti itu sememangnya tidak terlibat dengan pendekatan ‘khemah besare’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Malah, katanya PAS amat yakin dengan pendekatan penyatuan ummah yang boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu-Islam dan Bumiputera.

Menurutnya pendekatan itu formula yang paling berkesan serta akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.

“PAS mengucapkan terima kasih di atas kenyataan Presiden AMANAH yang mengesahkan bahawa PAS tidak mempunyai sebarang hubungan dan sekali gus tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH) dalam pendekatan ‘khemah besar’ bagi menghadapi PRU-15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata melalui pendekatan politik matang dan sejahtera, PAS sentiasa komited dan sedia berbincang dan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU15.

Apa yang penting, katanya dalam era pasca pandemik kepentingan rakyat dan negara hendaklah diutamakan.

Terdahulu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata pendekatan ‘khemah Besar’ yang dianjur Amanah tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada di dalam kerajaan iaitu UMNO, Bersatu atau PAS.

Sebaliknya, pendekatan Khemah Besar tersebut hanya akan melibatkan penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang sahaja bagi menghadapi PRU-15.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Popular
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Dulu kata Dr M mahazalim, sekarang siapa mahazalim, mahafiraun?
March 13, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok