PAS doa Muhyiddin dipelihara Allah daripada kezaliman, fitnah jahat

March 9, 2023 · Politik

Pemimpin PAS meletakkan harapan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa berada dalam perlindungan Allah daripada kezaliman dan fitnah jahat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata solat hajat besar-besaran di seluruh negara akan diadakan malam ini melibatkan ahli dan penyokong parti itu dan Bersatu.

Menurutnya pertuduhan terpilih bermotifkan politik dan dendam yang dikenakan terhadap pimpinan PN ketika ini adalah bagi melindungi dan mengelak atau menutup isu-isu besar dalam parti-parti komponen kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

“Tuduhan mutakhir ini lebih bersifat ‘tuduhan’ terpilih bagi melindungi dan mengelak dan menutup satu isu yang besar berlaku dalam komponen PH iaitu UMNO berhubung Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Jadi isu ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menutup isu sebenar dan kita yakin bahawa tuduhan ini adalah ‘pertuduhan’ terpilih dan kita harap Muhyiddin akan selamat dan dipelihara oleh Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Muhyiddin yang dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di di Putrajaya, hari ini (Khamis, 9 Mac 2023).

Panggilan untuk memberi keterangan kali kedua itu susulan tuduhan berkenaan kes Jana Wibawa.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu, himpunan diadakan di hadapan ibu Pejabat SPRM adalah sebagai penyataan untuk menuntut keadilan bagi tuduhan-tuduhan mutakhir ini.

“Insya-Allah himpunan kita ini sebahagian di antara program yang telah diputuskan oleh pimpinan tertinggi PN dan malam ini kita adakan solat hajat di Markas PAS Taman Melewar.

“Ini penyataan sokongan dan satu himpunan lagi juga di Rusila (Marang, Terengganu) pada malam ini. Kita juga telah arah seluruh Markas-markas PAS bersama dengan rakan-rakan daripada BERSATU.

“Sama-sama adakan solat hajat dan doa. Moga-moga Tan Sri Muhyiddin akan selamat dipelihara Allah SWT daripada fitnah jahat ini,” katanya dalam laungan ‘HIDUP RAKYAT’ yang bergema pada himpunan itu.

Berita berkaitan
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Skandal LCS, PMX kata siasatan tak cukup pula walaupun sudah ada laporan PAC
March 14, 2023· Isu semasa
Muhyiddin minta dibicarakan, pertuduhan tidak melibatkan wang masuk ke akaun peribadi
March 13, 2023· Isu semasa
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
7 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
4 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
49 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok