PAS dekati UMNO untuk perpaduan Islam, bukan membunuh: Takiyuddin

January 13, 2023 · Politik

PAS mendekati UMNO bertujuan menyatupadukan umat Islam dan orang Melayu supaya menjadi satu kelompok politik majoriti di Malaysia, bukan untuk membunuh parti itu, tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini (13 Januari 2023), beliau berkata PAS menyanggah tuduhan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkata parti Islam itu mahu membunuh UMNO dalam politik negara ini dan pada masa sama menganggap DAP ikhlas terhadap UMNO.

Katanya hakikat rakaman sejarah politik Malaysia menunjukkan UMNO lah yang terus bertekad sejak sekian lama untuk menghapuskan PAS, termasuk percubaan untuk mengharamkan parti itu suatu ketika dulu.

“Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan, bahawa PAS “ingin membunuh” UMNO dalam politik negara ini dan pada masa yang sama menganggap DAP ikhlas terhadap UMNO adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan dibuat dalam keterpaksaan.

“Hakikatnya rakaman sejarah politik negara ini menunjukkan UMNO terus bertekad sejak sekian lama untuk menghapuskan PAS termasuk percubaan untuk mengharamkannya pada suatu ketika dahulu.

“Sebaliknya sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasarnya, PAS sentiasa berazam dan bertindak mendekati UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam dan orang Melayu yang merupakan kelompok majoriti rakyat negara ini.

“Usaha Penyatuan Ummah juga seterusnya digagaskan merentasi rakyat pelbagai kaum dan agama bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni melalui saluran demokrasi dan berlandaskan lunas undang-undang,” katanya lagi.

Untuk rekod, UMNO pernah menawarkan kerjasama kepada PAS tetapi dengan syarat meninggalkan pihak lain, khususnya Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu, sedangkan tindakan itu bertentangan dengan usaha perpaduan ummah.

Keengganan PAS meninggalkan PN dan Bersatu menyebabkan UMNO menolak usaha menyatupadukan bangsa Melayu dan umat Islam, sehingga akhirnya memberi kesan kepada parti itu sendiri yang ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata PAS sebagai sebuah parti arus perdana akan terus bersikap terbuka dan bersedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan rundingan dengan mana-mana pihak dalam memfokuskan kepada titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat.

Katanya PAS amat yakin hanya dengan perpaduan semua parti-parti politik yang terbentuk di atas keikhlasan dan niat murni sahaja akan dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada seluruh rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya seterusnya akan diterima baik oleh semua.

“Dalam pada itu, PAS juga sentiasa menjunjung tinggi amalan serta pendekatan yang matang dan sejahtera dalam politik negara kita selain mendoakan agar sikap melulu, provokatif dan tidak berpijak pada kenyataan atas apa juga sebab dan tujuannya tidak akan menggugat serta merosakkan kesejahteraan dan hubungan baik yang sedia ada dalam masyarakat kita,” katanya.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
25 minit lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
43 minit lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
45 minit lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
1 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
3 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
4 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok