PAS dapat ‘lampu hijau’ tanding guna lambang bulan di 3 negeri

October 16, 2022 · Politik

PAS sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding menggunakan lambang bulan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi negeri-negeri di bawah pentadbirannya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata tiga negeri berkenaan ialah Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju dengan rasional PAS untuk bertanding menggunakan logo sendiri dan sepatutnya tiada masalah dengannya

“Kami telah mendapat lampu hijau daripada PN untuk PAS menggunakan logo sendiri di negeri-negeri di bawah kawalannya,” katanya kepada pemberita pada majlis penutupan program Perhutanan 121 Puncak yang diadakan di Taman Eko Rimba di Kuala Lumpur petang ini, menurut MalayMail.

Dua hari lalu, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata parti itu akan menggunakan lambang bulan bagi menghadapi PRU-15 di tiga negeri berkenaan.

Katanya, bagi negeri lain, Pas bertanding menggunakan simbol Perikatan Nasional (PN).

“Hanya tiga negeri ini Pas guna lambang sendiri iaitu bulan, manakala negeri lain telah dipersetujui menggunakan lambang PN.

“Keputusan ini akan dibawa ke Majlis Pimpinan PN,” kata Tuan Ibrahim.

Sementara itu, Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menegaskan beliau sedia bertanding menggunakan lambang bulan pada PRU-15 jika dicalonkan.

Penyandang Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, beliau sedia bertanding menggunakan logo PAS sekiranya mendapat persetujuan PN.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
12 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
12 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
16 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok