PAS cabar Zahid berundur jika kalah pada PRN nanti

May 23, 2023 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar untuk berundur secara terhormat sekiranya UMNO dan Pakatan Harapan (PH) kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri nanti.

Cabaran itu dilontar Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin sebagai membalas kepada Presiden UMNO yang mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan PRN ini sebagai kayu pengukur sokongan rakyat.

Khairil Nizam berkata; “Andai PH-BN tersungkur, TPM (Zahid) perlu berundur secara terhormat.”

Katanya, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sudah membuktikan Barisan Nasional (BN)-UMNO merekodkan keputusan terburuk dalam sejarah politiknya.

“Ini kerana BN-UMNO hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen saja dengan UMNO mendapat 26 kerusi, dan ini adalah pencapaian terburuk Presiden UMNO setakat ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Ahad lalu, Zahid mencabar Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggunakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai platform untuk menentukan tahap sokongan rakyat.

Malah, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau. Marilah kita sama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti, siapakah yang lebih diterima rakyat,” katanya dipetik laporan media sebelum ini.

Khairil Nizam yang juga Ahli Parlimen Jerantut, berkata dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat melingkari kerajaan PH-BN dan tunduknya UMNO kepada DAP, pastinya ahli UMNO akan mengalih sokongan kepada PN.

Katanya, peralihan sokongan ini juga ditambah dengan perbalahan pembahagian kerusi antara UMNO dan DAP di beberapa negeri hingga ramai ahli UMNO kini bertekad menentang UMNO secara terbuka.

“PAS yakin kemelut yang berlaku dalaman PH-BN, selain kelemahan pentadbiran Perdana Menteri kesepuluh (PMX) yang terlalu ketara akan dihukum rakyat dalam PRN ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
27 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
36 minit lalu· Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu· Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
50 minit lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
13 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok