PAS boleh guna dua logo, PN atau bulan

June 26, 2022 · Politik

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berpendapat parti itu boleh menggunakan kedua-dua logo – sama ada logi PAS atau Perikatan Nasional (PN) – pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurutnya penggunaan logo itu adalah penting dalam mana-mana pilihan raya kerana ia mempunyai rahsia tersendiri, termasuk kesan psikologi kepada pengundi.

Kedua-dua logo itu, katanya boleh digunakan mengikut kesesuaian negeri PAS bertanding, katanya menurut BH hari ini.

“Sebelum ini ada pandangan kita guna logo PN seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan kemudian di Johor, tetapi kali ini perlu ada perbincangan lagi untuk kita putuskan logo akan digunakan.

“Semalam saya ada di Kelantan, dan PAS Kelantan berpandangan lebih sesuai guna logo PAS dan negeri lain mungkin boleh guna logo PN. Logo ada rahsianya kerana ia boleh melambangkan kita dalam pakatan yang memberi kesan keyakinan rakyat.

“Begitu juga jika PAS guna logo gambar sendiri, ia turut memberi kesan psikologi. Pada saya dua-dua boleh digunakan, namun bergantung kepada perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media di Alor Setar.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama Pembangunan Fasa Dua Taman Perindustrian Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) antara Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin memberi bayangan berkemungkinan parti itu menggunakan logo imej bulan berikutan dakwaan pengundi menjadi keliru ketika ia digunakan pada PRN Melaka dan Johor kerana menyangka ia logo Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan PAS masih menggunakan logo PN dan cadangan Hashim adalah pandangan peribadi beliau.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi bagaimanapun berkata penggunaan logo bagi PAS pada PRU-15 akan dimuktamadkan pucuk pimpinan parti termasuk dibincangkan pada peringkat PN.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi kelmarin, yang berpendapat PRU-15 perlu disegerakan, Muhammad Sanusi berkata, pilihan raya boleh dipercepat sekiranya semua persediaan melaksanakannya sudah disiapkan semua pihak.

“Untuk buat PRU-15 semua pihak kena sedia. Pilihan raya kali ini akan ada pertambahan pengundi yang banyak, malah ada undi 18 tahun. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersedia termasuk menyiapkan semua pusat mengundi.

“Bagi parti pula, saya rasa semua sudah bersedia sebelum ini cuma keadaan tidak mengizinkan apabila kita berhadapan pandemik Covid-19. PAS sendiri sudah bersedia dan kita yakin akan menang,” katanya.

Berita berkaitan
Boleh tumbangkan UMNO di Pahang jika ada persefahaman penyokong PH-PAS
August 16, 2022· Politik
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022· Isu semasa
UMNO Bahagian cadang Ku Nan kekal sebagai calon di Putrajaya: Laporan
August 15, 2022· Politik
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
PAS hanya mahu menumpang kekuatan UMNO: Mustapha
14 minit lalu · Politik
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
13 jam lalu · Politik
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
15 jam lalu · Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
15 jam lalu · Politik
‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok