PAS bincang PRU-15, hala tuju PRN di tiga negeri hari ini

October 11, 2022 · Politik

Pemimpin tertinggi PAS – parti komponen Perikatan Nasional (PN) – hari ini mengadakan mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kerja Pusat di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan hala tuju pilihan raya di tiga negeri dikuasainya.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Datuk Seri Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut serta ialah Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Mesyuarat itu juga dijangka memberi maklumat terkini sama ada PAS akan mengubah fikiran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Persekutuan diadakan serentak.

Pada 8 Oktober lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan tiga negeri ditadbir parti itu tidak akan membubarkan DUN masing-masing sehingga tahun depan kerana negara bakal berdepan musim tengkujuh.

Langkah sama dikatakan diambil oleh Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir tiga negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mesyuarat itu juga mungkin menyaksikan PAS akan memberi maklumat terkini mengenai parti mana yang akan menjadi rakan kongsinya untuk berdepan PRU-15.

Setakat ini, PAS masih menjadi parti komponen PN dan telah menyertai beberapa acara di peringkat negeri selain telah menyelesaikan pembahagian kerusi untuk dipertandingkan dalam kalangan anggota PN.

Beberapa hari lalu, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mengadakan mesyuaratnya tidak menyatakan menerima syarat ditetapkan UMNO untuk bekerjasama, sekali gun mengekalkan mereka sebagai parti komponen PN bersama Bersatu, Gerakan, SAPP dan STAR.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 bagi memberi laluan kepada pilihan raya awal, tanpa mempedulikan rayuan rakyat supaya tidak mengadakan PRU-15 tahun ini kerana negara bakal berdepan musim banjir.

Terdahulu hari ini, penganalisis politik memberi amaran bahawa rancangan PH untuk tidak membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan PRN dijalankan serentak dengan Parlimen, boleh menyebabkan mereka terdedah kepada kehilangan pentadbiran Negeri Sembilan dan Selangor.

Penganalisis juga memberi amaran, kawalan PH ke atas Pulau Pinang – yang kini menjadi kubu kuat – mungkin terhakis jika PRN diadakan secara berasingan daripada PRU-15 yang ditetapkan bulan depan.

Mereka berkata pakatan pembangkang akan menentang jentera pilihan raya PN dan Barisan Nasional (BN) secara sama rata pada PRU-15, tetapi tidak demikian jika PRN hanya diadakan tahun depan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok