PAS bincang guna lambang baharu pada PRU-15, kata Hadi

July 8, 2022 · Politik

Penggunaan lambang baharu yang akan digunakan PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) akan dibincangkan, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata pemilihan lambang yang akan digunakan partinya masih di peringkat perbincangan dan setakat ini masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun memberi isyarat berkemungkinan lambang Perikatan Nasional (PN) atau lambang yang lain akan dipilih.

“Kita bincang nak ubah simbol dan kita bincang dalam parti nak buat simbol yang baru yang sesuai.

“Kita tak akan guna logo PN (Perikatan Nasional) dan juga bukan bendera PN atau pun PAS,” katanya dalam sidang media yang disiarkan di Facebooknya di Marang hari ini.

Terdahulu, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata berkemungkinan akan menggunakan lambang asal dan juga PN semasa kempen nanti mengikut kesesuaian negeri parti itu bertanding.

“Sebelum ini ada pandangan kita guna logo PN seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan kemudian di Johor, tetapi kali ini perlu ada perbincangan lagi untuk kita putuskan logo akan digunakan.

“Semalam saya ada di Kelantan, dan PAS Kelantan berpandangan lebih sesuai guna logo PAS dan negeri lain mungkin boleh guna logo PN. Logo ada rahsianya kerana ia boleh melambangkan kita dalam pakatan yang memberi kesan keyakinan rakyat.

“Begitu juga jika PAS guna logo gambar sendiri, ia turut memberi kesan psikologi. Pada saya dua-dua boleh digunakan, namun bergantung kepada perbincangan lanjut,” katanya sebelum ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin memberi bayangan berkemungkinan parti itu menggunakan logo imej bulan berikutan dakwaan pengundi menjadi keliru ketika ia digunakan pada PRN Melaka dan Johor kerana menyangka ia logo Barisan Nasional (BN).

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
14 minit lalu· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
PAS gesa kerajaan batal penganjuran program ratu cantik pada Disember
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok