PAS, Bersatu tak berpolitik untuk selamatkan individu, kumpulan

April 3, 2021 · Politik

Pendirian PAS menolak politik menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulan tertentu sememangnya menjadi agenda tepat dan sesuai.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyambut baik ketegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak politik menyelamatkan individu dan kumpulan tertentu tanpa mempedulikan rintihan rakyat.

“Inilah ketegasan yang melambangkan kita cakna rakyat dan prihatin dengan nasib rakyat. Dalam suasana hari ini, yang kita perlu ialah keikhlasan dan kejujuran untuk menyantuni dan membantu rakyat.

“Bukan retorik lakonan seolah-olah ikhlas dan jujur, tetapi sebenarnya hanya mahu membolot kuasa untuk kepentingan diri sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, apa yang disampaikan oleh Hadi memang tepat kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) berteraskan integriti.

Bersatu, katanya, ditubuhkan untuk menjadi sebuah parti baharu Melayu yang memperjuangkan integriti, tadbir urus yang baik, pembenterasan rasuah dan salah guna kuasa, serta menjamin kebebasan sistem kehakiman dan perundangan negara.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
December 11, 2023· Rencana
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
24 jam lalu · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok