PAS, Bersatu adakan pertemuan bincang kukuh kerjasama dalam PN

October 17, 2021 · Politik

Kepimpinan tertinggi PAS dan Bersatu telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan tentang pengukuhan kerjasama antara dua parti berkenaan dalam Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut pertemuan  yang diadakan Jumaat lalu, Naib Presiden PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, dalam pertemuan itu juga turut berbincang tentang perkembangan politik tanah air.

“Biasalah, orang politik kalau berjumpa sudah tentu berbincang tentang politik. Kita melihat keadaan semasa dan bagaimana untuk mempertingkatkan kerjasama.

“Di samping itu, apa lagi yang perlu dibuat untuk menghadapi suasana sekarang, itulah perkara-perkara biasa sahaja,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Pertemuan yang diadakan di Kuala Terengganu pada Jumaat lalu diadakan selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selesai menyampaikan kuliah duha secara dalam talian pada jam 10 pagi.

Difahamkan, turut hadir pada pertemuan berkenaan ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen serta Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Dari PAS pula yang turut hadir ialah Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Buang pengkhianat dalam UMNO, sertai kempen ‘Asal bukan Zahid’
January 4, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok