PAS ada pelan kedua penyatuan ummah, kata Tuan Ibrahim

October 5, 2022 · Politik

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mempunyai pelan kedua jika penyatuan ummah yang diusahakan dengan UMNO gagal menjadi kenyataan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ini kerana, katanya Muafakat Nasional (MN) bukan kepentingan politik yang hanya melibatkan UMNO dan PAS semata-mata.

“Kalau berjaya kita terus. Kalau tak, kita ada plan B (rancangan kedua),” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Berikutan itu, beliau tidak kisah jika masih dianggap bermain dua kolam.

“Sekarang kita 4, 5 kolam pun tak ada isu, bila sebut penyatuan ummah, ia libatkan semua, bukan PAS dengan UMNO sahaja.

“Walaupun MN ini adakan perjumpaan secara tidak rasmi, tetapi MN ini platform bukan untuk politik tapi kepentingan masyarakat orang Islam dan sebagainya.

“Kalau nak kira sensitif berasa hati, Pas lebih berasa hati dengan UMNO, 60 tahun berbanding Bersatu, Bersatu sendiri pun sebahagian daripada UMNO. Sebab itu itu kita kata ada beberapa isu kecil sahaja yang kita cuba selesaikan.

“Kalau berjaya, kita teruskan. Kalau tidak berjaya pun kita ada plan kedua,” katanya

Pasa masa sama Tuan Ibrahim turut menjelaskan yang keputusan mengenai kerjasama dengan UMNO akan diputuskan pada Sabtu ini.

Mengenai syarat dikenakan UMNO kepada PAS jika mahu meneruskan kerjasama, beliau berkata:

“Saya tengok kenyataan rasminya tidak ada syarat itu. Syarat itu tidak ada dalam kenyataan rasminya. Jadi saya fikir kalau betul tiga syarat itu mesti masuk dalam kenyataan rasmi.

“Kenyataan rasmi tidak menyebut syarat-syarat tersebut.”

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok