Parti saya isytihar perpecahan demi perpecahan, kata Annuar Musa

March 31, 2021 · Politik

Pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bangga melihat perjuangan Bersatu dan PAS dalam meletakkan agenda penyatuan ummah lebih dahulu, bukannya mengisytiharkan perpecahan di kalangan bangsa Melayu dan umat Islam.

“Mereka (Bersatu dan PAS) begitu konsisten berjuang dan meletakkan agenda penyatuan di hadapan. Nada yang dulunya digarap bersama (UMNO) satu ketika dulu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang dipecat gara-gara kelantangannya menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berkata:

“Biar apa pun reaksi yang cuba ditunjukkan, hati kecil saya tetap merasa pilu dan sedih menatapi kenyataan 2 parti politik Melayu memperbaharui iltizam mengikat kerjasama kearah PRU15, sementara parti saya sendiri mengisytiharkan perpecahan demi perpecahan.”

Pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 Ahad lalu, Zahid mengumumkan UMNO tidak akan bersama Perikatan Nasional (PN) dan akan bertanding sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas lambang Barisan Nasional (BN).

Namun, hari ini, Bersatu dan PAS mengeluarkan kenyataan untuk bekerjasama dan berbincang mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU15.

Bagaimanapun, Annuar berkata, beliau tidak akan berputus asa dan istiqamah berjuang untuk membawa UMNO dalam jajaran asal berpaksikan penyatuan parti-parti Melayu bersama rakan-rakan lain menentang Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

“Walau berliku, perjuangan menyatupadukan ummah dengan berpegang pada tali Allah dan jangan bercerai-berai, ia akan terus dipikul, dikelek dan dijunjung.

“Hubungan baik dan gerak perjuangan akan diteruskan dengan semua 13 parti dalam gabungan Perikatan Nasional dan tidak mungkin bergerak sendirian, apa lagi bertempur sesama parti Melayu yang hanya menguntungkan parti sosialis DAP dan liberalis PKR,” katanya.

Bersatu, PAS sah bincang pengagihan kerusi hadapi PRU15

Berita berkaitan
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
4 jam lalu· Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
4 jam lalu· Politik
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
17 jam lalu· Isu semasa
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022· Politik
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
August 12, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Lagi Politik terkini
Pindaan perlembagaan UMNO tangguh pemilihan belum selesai: RoS
17 minit lalu · Politik
Nizar layak tanding di Pekan tatkala Najib kemuka rayuan akhir kes SRC
39 minit lalu · Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
17 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
August 10, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok