Parti Amanah bimbang Zafrul tanding Kuala Selangor, calon semula Dzukefly

October 20, 2022 · Politik

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sah akan mempertahankan Kuala Selangor selepas partinya mahu beliau dicalonkan semula di kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Parti Amanah ternyata bimbang susulan spekulasi kuat kemungkinan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal diletak Barisan Nasional (BN) sebagai calon di Kuala Selangor nanti.

Pengumuman pencalonan semula Dzulkefly dibuat Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub memandangkan kehadiran Zafrul bakal memberi saingan sengit di kawasan tersebut.

“Setelah UMNO mahu meletakkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai calon mereka di Parlimen Kuala Selangor, kami pimpinan Amanah dan juga Pakatan Harapan (PH) mahu Dr Dzulkefly bertanding untuk mempertahankan kerusi Kuala Selangor ini sekali lagi.

“Ini kerana bagi kami, PRU15 ini adalah sangat kritikal dan serius. Setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi oleh PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Salahuddin yakin Pengarah Strategi Amanah itu mampu mengekalkan kerusi berkenaan berdasarkan gerak kerja yang dilakukan selama ini.

“Rakyat Kuala Selangor tahu kegigihan beliau membantu rakyat di samping tugasan di peringkat negeri Selangor dan juga sebagai menteri di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dahulu.

Pada Mei lalu, bekas Menteri Kesihatan itu menyatakan hasrat mengundur diri dan memberi laluan kepada calon muka baharu untuk bertanding pada PRU-15.

Beliau menyifatkan hasrat itu sebagai perhitungan peribadi selepas menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama dua penggal.

Berita berkaitan
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
MB Terengganu diumum calon Parlimen Kemaman
November 17, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok