Parti abang Ismail Sabri sertai PBM diketuai Zuraida

August 28, 2022 · Politik

Parti Kuasa Rakyat yang dipimpin abang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kamarazaman, hari ini (28 Ogos 2022), mengumumkan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Kamarazaman yang juga presiden penaja parti itu berkata keputusan berkenaan dibuat kerana kedua-dua parti itu mempunyai asas perjuangan yang sama.

Bagaimanapun katanya, Parti Kuasa Rakyat belum dibubarkan dan perkara itu hanya akan diputuskan pada mesyuarat agung tahunan PBM pada 1 Oktober depan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya dua parti berkenaan menggunakan nama baharu iaitu “Parti Kuasa Rakyat Bangsa Malaysia”.

“Parti Kuasa Rakyat adalah mesra BN (Barisan Nasional) dan kerajaan campuran hari ini… kita lihat PBM mempunyai asas yang sama dan atas persamaan ini, kepimpinan Parti Kuasa Rakyat memilih untuk bersama PBM.

“Dengan menggabungkan tenaga-tenaga Ahli Parlimen sedia ada dalam PBM dan yang telah bersedia untuk bersama PBM juga, ini merupakan satu kekuatan baru dan mungkin dilihat sebagai kuasa besar dalam politik nasional,” katanya pada sidang media hari ini.

Kamarazaman melancarkan parti berbilang kaum itu pada 10 Oktober tahun lalu, yang antara lain akan memperjuangkan pelajaran percuma, kesihatan percuma, rumah percuma dan peluang pekerjaan terutama kepada golongan B40 dan M40.

Untuk rekod, PBM kini mempunyai empat Ahli Parlimen iaitu Larry Sng (Julau); Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang); Steven Choong (Tebrau); dan terbaharu ialah Datuk Muhammadin Ketapi (Lahad Datu).

Sementara itu Larry yang juga Presiden PBM menyambut baik hasrat Parti Kuasa Rakyat bergabung dengannya yang disifatkan sebagai satu lagi perkembangan baharu politik tanah air.

“Perbincangan berkaitan perkongsian kuasa dengan Parti Kuasa Rakyat akan dibuat pada mesyuarat agung tahunan pada Okt nanti. Ketika itu, kita akan buat keputusan serta meminda beberapa perlembagaan termasuk memberi autonomi sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak,” katanya pada sidang media sama.

Dalam pada itu, Larry berkata, PBM juga telah memutuskan akan mempertahankan semua kerusi yang disandang wakil rakyat mereka sama ada bagi kerusi Parlimen atau DUN.

Beliau berkata, jumlah ahli Parlimen PBM juga mungkin bertambah dengan kemasukan beberapa lagi yang akan diumumkan pada 30 Ogos depan di Kuala Lumpur.

“Setakat ini kita ada (Ahli Parlimen) Ampang, Tebrau, Julau dan yang terbaharu, Lahad Datu tapi mungkin akan ada dua tiga lagi yang kita akan umumkan pada 30 Ogos nanti,” katanya.

Terdahulu, Muhammadin mengumumkan menyertai PBM – kali ketiga melompat parti setelah memenangi Parlimen Lahad Datu atas tiket Warisan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, sebelum melompat ke Bersatu.

Berita berkaitan
Larry gesa Zuraida tubuh parti baharu, tidak ganggu PBM lagi
April 13, 2023· Politik
PBM Pahang bubar, hilang kepercayaan terhadap Larry Sng
January 14, 2023· Politik
Sila keluar jika tak puas hati, kata Presiden Parti Bangsa Malaysia
December 29, 2022· Politik
Tak kenang budi, kata Zakaria selepas dipecat PBM 
December 28, 2022· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
24 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
24 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok