Parlimen tergantung: Di mana kita dan apa seterusnya akan berlaku?

November 21, 2022 · Politik

Malaysia telah pun bersuara dalam PRU-15. Namun, ianya dengan suara yang berbelah-bahagi. Rudingan antara parti politik sedang berjalan. Banyak mesej yang tersebar di media sosial dan terdapat banyak maklumat yang salah.

Ini adalah masa yang sesuai untuk menangani beberapa isu tersebut dan menetapkan di mana kita berada.

Adakah terdapat “pemenang” dalam PRU-15?

Tidak ada pemenang. Pemenang akan mempunyai majoriti jelas sekurang-kurangnya 112 kerusi. Tidak ada faedahnya untuk bercakap tentang menang dan kalah dengan hanya merujuk kepada bilangan kerusi individu yang dimenangi setiap parti politik.

Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan mungkin mempunyi satu bilangan kerusi yang terbanyak, tetapi ianya masih jauh dari majoriti tanpa rakan gabungan lain. Ia tidak berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada Perikatan Nasional yang memenangi 73 kerusi.

Parti yang berjaya mendapat gabungan kerja melebihi 112 kerusi akan membentuk kerajaan.

Setakat ini, Perikatan Nasional telah secara rasmi memperolehi persetujuan GRS dan GPS.

Itu menjadikan jumlah kerusi Perikatan Nasional sekurang-kurangnya 101 dan setakat tengah hari ini, laporan berita mencadangkan bahawa Perikatan Nasional telah menyerahkan lebih 112 Akuan Berkanun untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini adalah produk gabungan parti-parti politik. Ini bermakna Perikatan Nasional dan rakan gabungannya adalah majoriti dan mampu untuk membentuk Kerajaan.

Siapa yang patut diberi peluang “pertama” untuk membentuk Kerajaan?

Beberapa artikel telah merujuk kepada konvensyen yang membenarkan parti dengan bilangan kerusi terbanyak “peluang pertama” untuk membentuk Kerajaan.

Dalam nada itu, Perikatan Nasional mempunyai bilangan kerusi tunggal terbesar dengan sokongan yang disahkan oleh GRS dan GPS.

Dengan itu, pihak Istana masih belum menentukan siapa yang paling berkemungkinan menguasai keyakinan majoriti Dewan Rakyat. Pihak Istana telah, melalui Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, meminta akuan-akuan berkanun individu ahli Parlimen.

Perkara itu mungkin memberikan jawapan berdasarkan penyerahan akuan-akuan berkanun oleh Perikatan Nasional. Kita harus ingat bahawa pertalian parti politik tidak ada kaitan dengan perkara ini. Ianya adalah ahli Dewan Rakyat yang membuat keputusan dan bukannya pemimpin parti politik masing-masing yang membuat keputusan.

Ahli Dewan Rakyat boleh memilih untuk menentang parti politik mereka. Akibatnya adalah soal disiplin dalaman. Apa yang penting ialah undang-undang antilompat baharu kita hanya menghukum pembelotan secara sukarela daripada parti politik dengan meletak jawatan ataupun berhenti menjadi ahli.

Pemecatan daripada parti politik adalah dilindungi secara khusus di bawah Perkara 49A(2)(c) Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini digubal untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin parti politik.

Ini sememangnya soal bilangan nombor. Sesiapa yang membentangkan lebih daripada 112 akuan berkanun kepada pihak Istana perlu dijemput untuk membentuk Kerajaan.

Sesiapa yang tidak berbuat demikian, tidak patut dijemput. Isu menjemput parti tunggal terbesar atau gabungan parti membentuk kerajaan tidak sepatutnya timbul.

Yang di-Pertuan Agong dalam kebijaksanaanya mencari bukti yang langsung untuk memuaskan hatinya tentang siapa yang paling mungkin dan mampu untuk menguasai keyakinan majoriti Dewan Rakyat.

Dari sidang akhbar petang tadi, nampaknya Pengerusi Barisan Nasional dengan terdesak cuba untuk menggugat keputusan-keputusan individu ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyokong Perikatan Nasional.

Pengerusi Barisan Nasional membuat cadangan tidak masuk akal bahawa sebarang akuan berkanun yang menyatakan sokongan sebelum ini adalah tidak sah. Ini lebih memeranjatkan kerana pada hari Ahad, pimpinan Barisan Nasional dan UMNO telah beramai-ramai menggesa beliau meletak jawatan.

Keengganan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tanggungjawab di atas prestasi buruk partinya adalah tidak mengejutkan, sedangkan sebelum ini beliau tidak dapat persetujuan Pengerusi Perikatan Nasional untuk campur tangan dalam kes mahkamah terhadapnya, dan kini beliau berhasrat untuk mencari jalan lain untuk melarikan diri.

Tidak dinafikan, akan ada pihak yang akan cuba membendung isu ini dengan cuba menyembahkan akuan berkanun daripada pemimpin parti sebagai kehendak sebenar ahli Dewan Rakyat, atau dalam perkara ini, menimbulkan keraguan terhadap perisytiharan ahli individu Dewan Rakyat tersebut.

Itu, dengan hormatnya, adalah tidak mematuhi arahan Yang di-Pertuan Agong dan tidak boleh diambil kira. Yang penting ialah kehendak setiap ahli Dewan Rakyat tersebut.

Pada masa ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti memberikan lebih daripada 112 akuan berkanun kepada Istana pada jam 2 petang esok. Memandangkan Perikatan Nasional telahpun menyerahkan lebih daripada 112 akuan berkanun, ini adalah satu tugas yang mustahil.

Sebenarnya Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bergantung pada satu penyalaharahan untuk mencadangkan bahawa mereka mempunyai majoriti.

Dari satu sudut, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Barisan Nasional untuk mengumumkan sokongannya dan bergantung kepada kenyataan Pengerusinya, manakala di sudut penjuru yang lain, Pengerusi Barisan Nasional pula mendakwa hanya Majlis Tertinggi UMNO yang boleh menentukan siapa yang akan bekerjasama dengan mereka di Parlimen dan sebarang ungkapan sokongan daripada ahli individu adalah tidak sah.

Ini bermakna Pakatan Harapan tidak mempunyai bilangan yang secukupnya dan mereka perlu mencari jalan untuk menimbulkan keraguan dan menekan dakwaan Perikatan Nasional.

Apa yang boleh dipelajari daripada PRU-15?

Malangnya, kita tidak akan tahu dengan pasti mengapa pengundi mengundi sebegini. Seperti yang berlaku, Pakatan Harapan kehilangan kerusi manakala Perikatan Nasional memperolehi kerusi.

Apa yang jelas adalah majoriti besar pengundi menolak Barisan Nasional. Maksudnya, kedua-dua pengundi Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional secara khusus memilih untuk menentang Barisan Nasional. Ini jelas satu penolakan borong terhadap kepimpinan Barisan Nasional.

Oleh itu amat mengejutkan bahawa Barisan Nasional kini berada dalam kedudukan untuk memaksa dirinya menjadi kerajaan melalui pakatan dengan Pakatan Harapan.

Itu benar-benar satu penghinaan kepada ahli-ahli UMNO yang lantang berkata “No Anwar, no DAP” dan rakyat Malaysia yang mengundi menentang Barisan Nasional.

Kini, ahli Parlimen Barisan Nasional harus mendengar hati nurani mereka. Mereka mesti membuat keputusan mengikut kehendak ahli dan rakyat, dan bukannya kepimpinan mereka.

Barisan Nasional dihukum kerana gagal mendengar suara rakyat pada PRU-14. Tidak dinafikan jika mereka gagal berbuat demikian lagi, masa mereka sebagai kuasa politik akan berakhir pada PRU-16.

Ahli-ahli Dewan Rakyat secara individu telah menolak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menoleh kepada kehendak ahli-ahli mereka dan undian untuk kerajaan yang bersih dengan menyokong Perikatan Nasional.

Agenda Daily

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
12 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
12 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok