Parlimen Seremban: Khairy tak peduli ramalan Anthony Loke

September 5, 2022 · Politik

Khairy Jamaluddin enggan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berhubung kerusi Parlimen Seremban yang dicadangkan untuk ditandingi Menteri Kesihatan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Rembau itu enggan mengulas kemungkinan beliau bertanding di Seremban pada PRU akan datang.

Ketika ditanya wartawan untuk mengulas kenyataan Anthony Loke, Khairy berkata: “Tak payahlah.”

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara Penyelidikan Klinikal Malaysia, Novartis Malaysia dan Hospital Umum Sarawak (SGH) di Kuching hari ini (5 September 2022).

Terdahulu Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata kerusi itu akan menjadi antara yang paling panas pada PRU-15 jika Khairy bertanding di sana.

Semalam, Khairy berkata beliau bersedia menyerahkan kerusi Parlimen Rembau Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, sambil menambah bahawa dalam senario terburuk beliau tidak akan bertanding pada PRU-15 akan datang.

Khairy, yang menjadi Ahli Parlimen Rembau sejak 2008, membayangkan kemungkinan tidak bertanding dalam ucapannya pada majlis menandatangani MoU di SGH.

“Selagi saya menjadi Menteri Kesihatan anda, dan jika saya mempunyai umur yang lebih panjang sebagai Menteri Kesihatan anda selepas apa-apa yang berlaku selepas ini, saya akan sedaya upaya dan berjuang untuk anda supaya anda mendapat apa yang sepatutnya,” katanya menurut The Star.

Beliau bercakap mengenai keperluan untuk melakukan lebih banyak lagi usaha menambah baik kemudahan penjagaan kesihatan, khususnya di kawasan luar bandar yang terdapat klinik usang.

“Di klinik pertama yang saya pergi, bangunan selepas bersalin tidak lagi selamat untuk digunakan.

“Dan jangan bercakap tentang kuarters itu. Saya rasa ini memalukan,” katanya mengenai lawatannya ke tiga klinik di bahagian Samarahan dekat Kuching, hari ini.

Sebelum ini, Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, berkata beliau mahu bertanding pada PRU-15 tetapi setakat ini enggan mendedahkan kerusi Parlimen mana.

Khairy dalam satu program di Kuala Lumpur sebelum ini, dilaporkan mengesahkan beliau tidak akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Keputusan itu dibuat selepas beliau diarah mengosongkan kerusi berkenaan oleh Mohamad yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Khairy mengakui terpaksa akur dengan arahan itu walaupun tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain, memandangkan sudah lebih 20 tahun berpolitik di Rembau.

Susulan itu, Pemuda UMNO Bahagian Seremban mencadangkan supaya Khairy yang juga Timbalan Ketua Bahagian Rembau bertanding di Parlimen Seremban sebagai alternatif.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Khairy berkata cadangan itu adalah langkah untuk membunuh kerjaya politik Menteri Kesihatan itu, kerana Seremban adalah kubu kuat DAP.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Seremban disandang Anthony Loke yang kini Setiausaha Agung DAP sejak tiga penggal lalu bermula pada PRU-12 hingga yang terakhir pada PRU-14 mengalahkan calon MCA, dan PAS.

Dalam ketiga-tiga PRU itu undi yang diperoleh Anthony Loke sentiasa meningkat iaitu memperoleh 48 peratus pada 2008, 52 peratus (2013) dan 60 peratus (2018).

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
1 jam lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Popular
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lagi Politik terkini
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok