Parlimen dipinda 13 September, tiada alasan Zahid tak hadir ke mahkamah

September 1, 2021 · Politik

Pada 27 Ogos 2021, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjalan gagah untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang mengambil masa beberapa jam, sebelum siaran media dikeluarkan lewat malam itu.

Beliau dilihat tidak lagi memakai pendakap leher untuk melegakan ‘sakit belakang’ sebagaimana dirawat di sebuah hospital pada 24 Ogos 2021, hari di mana beliau sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk prosiding kes jenayah, termasuk rasuah.

Prosiding mahkamah itu membabitkan penghujahan lisan kes beliau yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Kes itu dijangka didengar semula pada 6 hingga 9 September ini.

Demikian juga beliau tidak dapat hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Ogos 2021 bagi menghadapi tuduhan jenayah rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN), kerana masih dirawat di hospital sama.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika memberi penangguhan itu berkata tarikh perbicaraan pada 1 dan 2 September 2021 (esok dan lusa) akan diteruskan kerana kepentingan awam.

Presiden UMNO itu berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung VLN kerajaan. Kes ini kali terakhir didengar pada 27 Mei, sebelum ditunda beberapa kali.

Sebanyak 33 pertuduhan adalah berkaitan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Kes Zahid mendapat perhatian umum kerana berprofil tinggi dan melibatkan seorang pemimpin kanan politik yang dahulunya kebal tidak boleh disentuh undang-undang.

Oleh itu, ramai sedang menunggu untuk melihat adakah Presiden UMNO itu akan hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam esok dan lusa untuk menghadapi perbicaraan 40 pertuduhan jenayah, atau sakit belakangnya akan berulang semula.

Zahid mesti hadir kes perbicaraannya selepas ini kerana orang ramai diluar sana mendakwa beliau berlakon atau ‘buat-buat’ sakit untuk mengelak diri daripada hadir di mahkamah. Bukan satu dua kes, tapi puluhan tuduhan jenayah.

Terdahulu, Dewan Rakyat memaklumkan penangguhan sidang yang sepatutnya berlangsung pada 6 September ini ke 13 September tetapi tidak memberitahu sebarang punca ia dipinda.

Bagaimanapun, pindaan tarikh baharu itu juga secara tidak langsung tidak boleh dijadikan alasan oleh Zahid untuk mengelat atau memberi alasan kononnya perlu hadir ke Parlimen bagi mengelak menghadiri kes perbicaraannya di mahkamah nanti.

Sekiranya sidang Dewan Rakyat berlangsung pada 6 September seperti dijadualkan, tidak mustahil Zahid akan memberi alasan sibuk dengan urusan di Parlimen dan tidak dapat hadir ke prosiding mahkamah yang dihadapinya.

Namun, berprasangka baik, kali ini mungkin Zahid akan hadir ke mahkamah bagi menegakkan kebenaran dan mempertahankan keluhuran undang-undang negara. Jika benar, mengapa perlu takut untuk ke mahkamah, bukankah Presiden UMNO itu pernah menafikan terlibat dalam sebarang salahguna kuasa sebelum ini.

Oleh sedemikian, tiada alasan lagi untuk mengelak hadir ke mahkamah dan diharapkan janganlah sistem kehakiman negara kita diperkotak-katikkan oleh individu yang berkuasa kerana kelak ia tidak akan dihormati lagi dikaca mata rakyat.

UMNO mungkin kembali menjadi dominan dalam Kerajaan Pusat tapi perlu diingat, rakan-rakan parti komponen lain sentiasa memerhati dan memantau tindak-tanduk UMNO.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok