Pakatan sulit BN, PH bergabung berita sahih saya dapat: Muhyiddin

November 9, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa beliau telah mendapat berita sahih bahawa Barisan Nasional (BN) akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya jumlah kerusi Parlimen kedua-dua parti itu boleh membentuk kerajaan.

Jika perkara itu benar-benar terjadi, katanya, bukan sahaja ahli UMNO sendiri yang rugi, malah akan menjadi satu berita buruk kepada negara.

“Saya telah dapat berita sahih pada pagi ini bahawa ada pakatan yang sulit di antara Zahid (Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Presiden PKR dan Pengerusi PH),” katanya.

Muhyiddin yang juga calon Perikatan Nasional yang mempertahankan Parlimen Pagoh yang dimenanginya sebelum ini, berkata demikian ketika majlis sembang santai bersama penduduk Kampung Panjang Sari, Kampung Sri menanti dan Kampung Sri Makmur di Pagoh, hari ini (9 November 2022).

Menurutnya jika gabungan itu menjadi kenyataan ianya boleh merugikan orang Melayu dan negara kerana di dalam PH terdapat parti DAP yang menentang hak keistimewaan orang Melayu hingga berusaha untuk mengubah undang-undang.

“Saya biasa duduk bersama DAP dulu. Tapi Saya tak boleh duduk lama… pasal bila Bersatu ada bersama dengan Pakatan Harapan yang di dalamnya ada DAP, sokongan orang Melayu terus merosot.

“Pilihan raya kecil di Semenyih kalah. Di Tanjung Piai kalah. Waktu itu saya dah beritahu Tun Dr Mahathir Mohamad… saya kata Tun… kita tak keluar dari Pakatan Harapan lunyai kita dibuat dalam pilihan raya akan datang..

“Hari ini alhamdulillah saya tinggalkan Pakatan Harapan. Pasal ada DAP dalam itu. Kita tahu parti-parti ini nampak demokrasi… tapi apa perjuangan dia? Apa ideologinya? Tak selari dengan perjuangan kita orang Melayu Islam dan juga rakyat Malaysia yang lain,” katanya.

Beliau memberi contoh apabila DAP meminta lapan Ketua Setiausaha Negara ditukar sebaik sahaja mereka naik menjadi kerajaan selepas PRU-14.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika itu, kata Muhyiddin mahu mengambil RM2 bilion wang Ekuinas yang ditubuhkan untuk membina dan memperbaiki jalan di Tanah Rancangan Felda.

“Jadi sebab itu, kalau Zahid… dia kata mungkin dia tak cukup kerusi. Dia dah beritahu dia akan gabungkan dengan Pakatan Harapan.

“Jadi jika sudah begitu keadaannya BN dan PH… maka rakyat, termasuk ahli UMNO, tiada pilihan selain mengundi Perikatan Nasional supaya dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
1 jam lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok