“Pak lebai petang cakap lain, malam cakap lain”: Zahid

October 19, 2022 · Politik

Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melabelkan PAS sebagai ‘pak lebai’ yang tidak boleh dipercayai kerana sering mengubah pendirian dan percakapan.

Memetik laporan BH, Zahid pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Dataran Serdang, Bandar Baharu, Kedah hari ini (19 Oktober 2022) berkata:

“Kita jangan pedulikan pak lebai bersama kita (BN) atau tidak, pak lebai petang cakap lain, malam cakap lain. Dia kata kita durian mentah belum masak, ingat pak lebai ada durian tak cukup masak gugur, takut kena kepala pecah.

“Apabila ada situasi politik baharu mereka keluar fatwa baharu, bila untuk dirinya keluar fatwa baharu, bila nak salahkan orang keluar. Guna ayat al-Quran dan hadis yang maknanya tetap sama, tetapi ditafsir berlainan. Cukuplah pak lebai, bertaubatlah cepat.”

Hadir sama pada program itu ialah Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sehubungan itu, kata Zahid BN menolak sebarang bentuk rundingan bersama PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan menganggap parti itu sebagai kawan yang tidak setia.

Menurutnya pemimpin PAS dilihat sering berubah-ubah dalam menentukan pendirian, selain turut menggunakan ayat al-Quran dan hadis yang ditafsir oleh mereka sendiri.

Jelasnya, disebabkan itu BN memilih untuk bergerak solo pada PRU-15 dan yakin komponen BN juga dapat membantu parti itu kembali memerintah negara.

Bekas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang kini berdepan 87 kes mahkamah, termasuk rasuah melibatkan jutaan ringgit ketika beliau menjadi menteri semasa BN memerintah sebelum ini, berkata PAS sepatutnya mempunyai pendirian teguh dalam membuat keputusan bagi menentukan kerjasama sebelum PRU-15 kali ini.

Katanya, BN mahu kawan yang setia dan istiqamah selain sedia untuk susah dan senang bersama parti itu.

“Mereka beritahu tunggu lepas pilihan raya kita runding, BN jawab dengan cepat pilihan raya belum lagi kita sedang menghadapi realiti ketika ini. Jangan runding lepas pilihan raya, kita bukan riak, sombong, takut atau pengecut. Rakyat sudah sedar dan akan beri kepercayaan semula kepada BN.

“Ketika itu apabila kita berjaya bentuk kerajaan, baharu ada orang terhegeh-hegeh hendak jumpa kita, kita akan cakap cukup sampai di sini dan semua sudah terlambat,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Zahid itu dilihat bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri kepada media selepas merasmikan penutup Konvensyen Kontraktor Melayu Malaysia 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) ke-43 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Menurut Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, BN hanya akan memutuskan sebarang kerjasama dengan parti lain untuk membentuk kerajaan selepas keputusan PRU-15.

Menurutnya BN akan memastikan sasaran awal untuk memenangi pilihan raya dapat direalisasikan terlebih dahulu.

“Kita tunggu dulu keputusan PRU-15, selepas itu kita akan putuskan. Kita pastikan lepas sasaran awal kita dulu. Kalau buat andaian terlalu awal (kerjasama dengan pihak ketiga) susah juga, kita tak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya.

“Selepas PRU (hari mengundi) nanti keputusan sudah ada, insya-Allah kita akan buat apa sahaja keputusan demi kepentingan negara dan yang pentingnya kita nak kan sebuah kerajaan yang stabil. Jadi, selepas itu kita putuskanlah,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
4 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
5 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
9 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
12 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
13 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
15 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
16 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
52 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok