Pahang bubar DUN, MB Perak dipanggil lagi menghadap Sultan

October 14, 2022 · Politik

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini (14 Oktober 2022) mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) setelah pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Menurutnya beliau telah menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu lalu untuk memohon limpah perkenan baginda bagi pembubaran DUN ke-14.

“Sehubungan itu selaras dengan Fasal (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Pemangku Raja Pahang telah berkenan agar DUN Pahang Ke-14 dibubarkan berkuat kuasa hari ini.

“Pembubaran ini bagi membolehkan PRN dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) di peringkat Persekutuan,” katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang di Kuantan, hari ini

Menurut Wan Rosdy tarikh ini dipilih, bagi membolehkan pembentangan serta perbahasan Bajet 2023 Pahang disempurnakan terlebih dahulu, sekali gus mendapat kelulusan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dititahkan sekali lagi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Saarani mengesahkan perkara itu ketika ditanya pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M di Ipoh, hari ini.

“Insya-Allah hari ini saya akan menghadap (Sultan Nazrin) selepas balik dari majlis ini. Saya memang dititahkan menghadap tadi namun saya tidak pasti apa tujuannya. Tunggu sehingga pihak Istana buat pengumuman,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
15 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok