Pada 2011 bawa turun bendera Najib, kini Adam ajak lupa permusuhan

May 14, 2023 · Politik

Sengketa antara Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO perlu dilupakan selepas berada bersama dalam kerajaan campuran, kata Adam Adli Abdul Hamid.

Ketua Pemuda PKR itu pada 2011 semasa mengetuai kumpulan pelajar membawa turun bendera wajah Datuk Seri Najib Razak sehingga menimbulkan kecaman ahli UMNO, tetapi kini dijemput berucap di dewan yang menjadi markas tempat berhimpun perwakilan parti Melayu itu.

Berucap di Konvensyen Kerajaan Perpaduan di WTC hari ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata banyak perbezaan antara mereka perlu ditangani dengan baik.

“Ini bukan satu himpunan biasa. Saya berulang kali katakan himpunan ini juga bukan semata-mata untuk kita justifikasikan penubuhan kerajaan ini.

“Ini adalah satu titik di mana kita zahirkan kesepakatan, persetujuan dan persediaan untuk membentuk sebuah negara yang lebih baik,” katanya.

“Ini adalah usaha sama kita untuk bina negara ini bersama-sama.

“Puluhan tahun permusuhan politik kita letakkan titik noktah pada hari ini. Insya-Allah,” katanya lagi.

Ratusan anggota dan pemimpin sayap pemuda parti dalam kerajaan berhimpun di Dewan Tun Dr Ismail di WTC hari ini bagi menyertai Konvesyen Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan 2023.

Selain Adam, turut menjadi panel adalah Ketua Puteri UMNO Nurul Amal Mohd Fauzi, Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbi Muda dan Ketua Pemuda PBRS Edwin Laimin.

Adam pada 2011 berkata tindakannya menurunkan bendera memaparkan gambar Najib di ibu pejabat Umno dilakukan sebagai satu simbol kemenangan kepada siswa pada hari tersebut.

Berita berkaitan
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
6 jam lalu· Politik
Selagi Zahid jadi Presiden, saya tidak akan hadir: Tun Faisal
7 jam lalu· Politik
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
10 jam lalu· Politik
Memang berusaha nak jatuhkan kerajaan tapi bukan guling atas jalan: Idris Ahmad
12 jam lalu· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Memang berusaha nak jatuhkan kerajaan tapi bukan guling atas jalan: Idris Ahmad
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
2 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
4 jam lalu · Politik
PN akan jadikan P. Pinang mampu didiami orang miskin dan kaya: Sanusi
6 jam lalu · Politik
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
7 jam lalu · Politik
Zahid alu-alukan bekas ahli UMNO ke PAU yang turut dihadiri PMX dan DAP
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
11 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok