Orang Zahid kuasai UMNO, kedudukan PH, DAP selamat

March 19, 2023 · Politik

Keputusan penuh pemilihan bagi mengisi kerusi dalam UMNO untuk tempoh 2023-2026 menyaksikan hampir keseluruhannya dimenangi oleh kem yang menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Daripada tiga jawatan Naib Presiden, Majlis Tertinggi (MT) dan sayap parti – Pemuda, Wanita serta Puteri – muka-muka yang memenangi jawatan itu hampir keseluruhannya dikuasai mereka yang pro kepada Zahid yang juga timbalan perdana menteri dan Presiden UMNO.

Dengan orang Zahid terus memonopoli jawatan dalam UMNO, ianya memberi keselesaan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai DAP.

Terdahulu, hari ini, DAP menggesa supaya kerajaan campuran yang dibentuk bersama UMNO dipertahankan kerana ia satu-satu kerajaan yang dapat membantu rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2023 berkata kerajaan campuran bersama UMNO ketika ini adalah contoh model terbaik dan berharap dapat membawa kemenangan besar dalam enam Pilihan Raya Negeri akan datang.

Berikut adalah keputusan penuh yang disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Shahrir Samad, setelah selesai penjumlahan undi membabitkan 187 bahagian, hari ini (19 Mac 2023).

Pengerusi Tetap
Tan Sri Haji Badruddin Bin Amiruldin

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Seri Abdul Fattah Bin Abdullah

Presiden
Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

Timbalan Presiden
Dato’ Seri Utama Mohamad Bin Hj Hasan

Naib Presiden
1. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
2. Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
3. Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani

Ahli Majlis Tertinggi

1.Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Bin Nasarah
2. Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Bin Abd Kadir
3. Datuk Seri Haji Ahmad Bin Maslan
4. Sen. Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz
5. Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Hj Radin
6. Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub
7. Datuk Seri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim
8. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Bt Shamsuddin
9. Dato’ Haji Azian Bin Osman
10. Dato’ Seri Dr Md Alwi Bin Che Ahmad
11. Dato’ Dr Ir Shaik Hussein Bin Mydin
12. Datuk Zahida Binti Zarik Khan
13. Datuk Haji Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
14. Dato’ Sri Mohd Sharkar Bin Shamsudin
15. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Bin Mohamad
16. Datuk Dr Mohd Puad Bin Zarkashi
17. Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom
18. Datuk Haji Johan Bin Abd Aziz
19. Isham Jalil
20. Datuk Seri Panglima Abd Rahman Bin Dahlan
21. Dato’ Lokman Noor Adam
22. Dato’ Seri Dr Ahmad Bin Said
23. Datuk Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin
24. Datuk Mohd Rafi Alli Hassan
25. Datuk Abdul Razak Bin Abdul Rahman

Ketua Wanita
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Ketua Pemuda
Dr Muhamad Akmal Saleh

Ketua Puteri
Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
40 minit lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
PH pun ada ‘virus’, syok bercakap saja, kata ahli MT UMNO
January 19, 2023
Lagi Politik terkini
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok