Orang nak cepat PRU ini yang gila kuasa, kata Hadi

June 10, 2022 · Politik

PAS berpendirian menolak pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan secara tergesa-gesa dan menyifatkan mereka yang mendesaknya sebagai gila kuasa.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kritikan kononnya parti itu mabuk kuasa sebagai tidak wajar, sebaliknya membidas pihak yang mahu PRU-15 dipercepatkan sebagai gila kuasa kerana tidak berfikir panjang.

“Biasanya orang yang nak cepat (PRU) ni yang gila kuasa, yang nak tangguh ni tak gila… kita fikir panjang,” kata Hadi dipetik laporan Malaysiakini.

Hadi terdahulu menyampaikan kuliah mingguannya di Rusila, Kuala Terengganu hari ini.

Jelasnya lagi, PAS berkali-kali menegaskan isu lain yang perlu diberi perhatian termasuk ancaman Covid-19 yang belum bebas sepenuhnya di negara ini.

Ahli parlimen Marang itu juga mengingatkan, beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini berlaku akibat tindakan Umno-BN yang mahu ia diadakan segera.

“Bukan kita (PAS). Kita masuk (sertai PRN) pun kerana terpaksa,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed mengkritik PAS dan menggelarnya sebagai parti kemaruk kuasa.

Kata Nur Jazlan tindakan pemimpin PAS khususnya yang berjawatan dalam kerajaan sekarang enggan mengadakan PRU-15 segera berpunca daripada sikap mereka yang “kemaruk kuasa”.

Ujarnya, alasan berkenaan adalah satu-satunya punca mengapa PAS menolak untuk mengadakan PRU.

Ditanya lebih lanjut, Hadi berkata, PAS memang tidak gila kuasa kerana parti itu sudah lama berada “di bawah” berbanding parti lain.

Sebaliknya tambah duta khas bertaraf menteri itu lagi pihak yang selalu berada di atas adalah pihak yang patut dianggap kemaruk kuasa.

“Kita (PAS) pernah kalah, selalu kalah. Yang menang jarang-jarang sekali.

“Yang susahnya orang yang selalu menang dan kalah sikit…” katanya sambil ketawa kecil.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
6 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
10 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
10 jam lalu· Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
13 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
14 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
16 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
18 jam lalu · Politik
Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok