
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mencabar Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam pemilihan PKR bagi jawatan Ketua Cabang Gombak.
Tidak berpuas hati selepas tewas dalam pemilihan Cabang Gombak kepada Menteri Besar Selangor yang diumumkan hari ini, orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengemukakan bantahan secara rasmi kepada parti.
Bekas pembantu Presiden PKR itu, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak itu berkata meragui keputusan pemilihan yang diumumkan hari ini dan mendakwa wujud percanggahan antara jumlah undi dikira dan pengundi.
“Kami mempunyai bukti kukuh untuk mengemukakan bantahan dan kami menuntut audit forensik dijalankan,” katanya dalam kenyataan.
Farhash mencabar Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari bagi jawatan Ketua Cabang Gombak.
Amiruddin memperoleh 1,858 undi mengatasi Farhash yang hanya memperoleh 1,215 undi.