Orang kanan Anwar tak puas hati pemilihan PKR, dakwa wujud kelemahan

May 31, 2022 · Politik

Proses pemilihan PKR yang berlangsung baru-baru ini disifatkan lemah dan perlu penambahbaikan, kata Farhash Wafa Salvador.

Farhash yang juga bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengulangi ketakpuashatian terhadap cara pengendalian pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini dan menggesa bantahan yang dikemukakan dipandang serius.

“Saya amat berharap pihak JPP dan parti mengambil serius pandangan-pandangan ramai calon-calon yang telah mengemukakan bantahan secara rasmi dan mengambilkira cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.

“Jika kita melaungkan ‘reformasi’, ia haruslah dipraktikkan dalam parti kita sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang kanan bos PKR itu berkata terdapat perkara berbangkit yang menjadi pertikaian semasa proses pemilihan yang berlangsung dan perlu dijawab Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) supaya tidak menghakis kepercayaan penyokong parti itu.

berlakunya manipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

“Jika dilihat secara kasar pun persoalan terhadap sistem pengundi atas talian (PAT) sudah mendedahkan satu mekanisme dan prosedur yang diragui ketelusannya.

“Di sini, semua undi dikumpul dan dikira oleh JPP yang terdiri dari ahli-ahli parti, lalu diumumkan, tanpa sebarang check and balance,” katanya.

Terdahulu, Farhash secara terbuka menggesa audit forensik dilakukan terhadap proses pemilihan PKR kali ini dan menuntut badan bebas yang dipersetujui semua pihak untuk meneliti dakwaannya.

Farhash baru-baru ini tewas dalam pemilihan Cabang Gombak kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari.

Amirudin memperoleh 1,858 undi mengatasi Farhash yang hanya memperoleh 1,215 undi.

Berita berkaitan
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
10 jam lalu· Politik
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022· Politik
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022· Politik
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022· Politik
Popular
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
July 1, 2022
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
July 1, 2022
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
2 jam lalu · Politik
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
5 jam lalu · Politik
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
7 jam lalu · Politik
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
12 jam lalu · Politik
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
June 30, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok