Nurul Izzah tukar kerusi lagi?

March 30, 2021 · Politik

Khabar angin tersebar luas kononnya Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan bertanding di Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) – jika benar maka ini adalah kali ketiga dia berpindah kerusi.

Sebelum ini, pada PRU13, dia bertanding dan menang di kawasan Parlimen Lembah Pantai, dan kemudian pada PRU14 dia berpindah kawasan ke Parlimen Permatang Pauh.

Kini, kini khabar angin bertiup kencang mengatakan anak Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, serta Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (Ahli Parlimen Pandan), akan bertanding di Ampang pula.

Secara tidak langsung, dia akan menjadi saingan sengit kepada Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, bekas pemimpin kanan PKR yang menyertai Bersatu dan kini menjadi menteri Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiada pengesahan rasmi, namun, Nurul Izzah dilaporkan mengakui dia mengikut arahan daripada kepemimpinan PKR jika mahu dia bertanding di Ampang.

Bagaimanapun, dia menunjukka minat untuk tetap kekal bertanding di Permatang Pauh pada PRU akan datang.

“Kita sekadar menurut arahan. Jika berpeluang mahu terus berbakti di Permatang Pauh,” katanya.

Mengulas perkembangan itu, Zuraida yang menang di kerusi itu sejak PRU12 dilaporkan berkata, beliau tidak bimbang jika Nurul Izzah bertanding di Ampang.

“Saya tidak terasa tercabar sebab dalam pertandingan ada kalah dan menang. Saya yakin dengan kerja saya di sini. Memang saya berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar tak setuju ramalan anak sendiri PH kalah dua PRU
April 20, 2022· Politik
‘Nafas pembaharuan PKR dalam tangan anak muda’
February 28, 2022· Rencana
Popular
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 12, 2022
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
August 11, 2022
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
August 12, 2022
Isu lantikan TPM, Muhyiddin serah pertimbangan PM untuk putuskan
July 16, 2022
Lagi Politik terkini
Skandal LCS: Anwar sokong cadangan Bersatu tubuh RCI
3 jam lalu · Politik
Bagi UMNO, pendedahan skandal LCS dipertikai kerana Pengerusi PAC dari DAP
3 jam lalu · Politik
Anwar pertimbang bertanding di kawasan Parlimen lain pada PRU-15
16 jam lalu · Politik
Skandal LCS: Mat Maslan kata tak rasa UMNO akan kalah dalam PRU-15
23 jam lalu · Politik
Bersatu serah memorandum kepada Agong minta RCI kapal tak siap
August 10, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok