Nur Jazlan biadab, kritik Ismail Sabri PM paling lemah

June 26, 2022 · Politik

Tindakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed melabelkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri (PM) UMNO paling lemah dalam sejarah, adalah kenyataan biadab.

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata Nur Jazlan tidak layak mengkritik keputusan PM berhubung kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri, sedangkan beliau sendiri tidak diterima oleh pengundi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Lewat atau tidak (menggugurkan Zuraida daripada Jemaah Menteri) adalah budi bicara yang bergantung kepada keperluan dan kewajaran, yang mana perdana menteri saja memahaminya.

“Kenyataan dia (Nur Jazlan) langsung tidak wajar, malah biadab. Nur Jazlan tidak layak buat kenyataan sebegitu sedangnya dirinya kalah pada PRU lepas,” katanya menurut laporan FMT.

Sebelum ini, Nur Jazlan dipetik melabel Ismail Sabri sebagai PM daripada UMNO paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.

“Tidak pernah seorang Perdana Menteri UMNO selemah ini dalam sejarah negara. Senario yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan ketika ini dilihat bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yang lemah,” kata Nur Jazlan.

Pada PRU-14, Nur Jazlan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pulai apabila tewas kepada Datuk Salahuddin Ayub mewakili Pakatan Harapan dengan perbezaan undi besar sebanyak 28,924.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata tindakan Nur Jazlan membuat kenyataan terbuka mengkiritik kepimpinan Ismail Sabri hanya akan mengeruhkan keadaan, malah memperlihatkan UMNO sebagai parti tidak bermaruah.

“Perdana Menteri mempunyai budi bicara penuh terhadap apa jua keputusan yang perlu dibuat dan di sini, UMNO juga mempunyai Majlis Tertinggi (MKT) yang bertanggungjawab bersama Perdana Menteri memutuskan sebarang perkara penting.

“Membuat kenyataan terbuka seperti ini hanya mengeruhkan keadaan dan tidak sedikit pun membantu agar parti dilihat bermaruah,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid gesa tangani skandal LCS dengan bijaksana, bimbang mahkamah netizen
10 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan belum putuskan ubah peraturan sekat eksport ayam
13 jam lalu· Isu semasa
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
13 jam lalu· Politik
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
14 jam lalu· Isu semasa
Popular
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
August 8, 2022
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Nama pemimpin UMNO dikaitkan skandal LCS, Ketua Pemuda desak dakwa segera
August 5, 2022
Lagi Politik terkini
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
15 jam lalu · Politik
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
18 jam lalu · Politik
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022 · Politik
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022 · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
23 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok