Noraini cuba nafi Zahid ada arah Wanita sokong Anwar

April 28, 2021 · Politik

Selepas Wanita UMNO dikaitkan dengan gerakan pakatan sulit dirancang antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketuanya Datuk Seri Noraini Ahmad cuba menafikan wujud rancangan seperti didakwa itu.

Noraini menafikan ada pertemuan antara ketua-ketua Wanita seluruh negeri dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mereka diarah untuk menyokong Presiden PKR, Anwar sebagai calon perdana menteri.

“Saya menafikan dakwaan bahawa wujud pertemuan antara Presiden dengan Wanita UMNO untuk tujuan itu.

“Pertemuan sedemikian tidak pernah berlaku dan dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali. Saya minta pihak berkenaan tidak mengheret Wanita UMNO ke dalam kancah politik yang tidak sihat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Semalam, Agenda Daily melaporkan kontroversi isu klip audio tular Zahid dan Anwar bukan satu-satunya bukti wujud pakatan sulit antara kedua-dua pemimpin tersebut, malah terdapat lagi pendedahan akan terbongkar selepas ini.

Sumber memberitahu terdapat bukti yang akan didedahkan selepas ini semasa Zahid memanggil mesyuarat berjumpa ketua-ketua Wanita UMNO negeri dan menyuruh mereka supaya menyokong Ketua Pembangkang tersebut sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun, hasrat Zahid untuk melobi Anwar tersebut ditolak mentah-mentah semua ketua-ketua Wanita yang hadir semasa pertemuan tersebut dan pulang dengan penuh rasa kecewa.

Seorang sumber yang hadir semasa mesyuarat tersebut menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan Zahid yang mahu semua ketua-ketua Wanita itu menyokong cadangannya untuk meletak Anwar sebagai calon perdana menteri.

“Ya, kami semua terkejut dengan cadangan dibuat Zahid itu… tapi kami semua menolaknya dan bertegas sama sekali tidak akan menerima cadangan yang dibawa Zahid itu,” kata sumber.

Pada 7 April, satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara, Ahmad Zahid dan Anwar didedahkan di media sosial.

Video tersebut dipercayai bermula dengan ucapan Ahmad Zahid ketika bercakap pada Perhimpunan Agung UMNO yang menegaskan bahawa UMNO tidak akan menerima Anwar, DAP dan Bersatu.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
5 jam lalu· Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
6 jam lalu· Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
12 jam lalu· Politik
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
12 jam lalu· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
33 minit lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
3 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
7 jam lalu · Politik
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
July 3, 2022 · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok